CARA BELI ONLINE (PENGHANTARAN PERCUMA) TIADA COD

  • 1. Tempahan : SMS NAMA,ALAMAT, PRODUK DAN KUANTITI ke nombor 012-2604959.atau isi borang online di bawah.
  • 2. Pembayaran : SMS dan email (borang online) akan dibalas dengan maklumat pembayaran.
  • 3. Pengesahan Pembayaran : Untuk pembayaran online, sila letak email (zukawaii at gmail dot com)pada ruangan email penerima di dalam borang transaksi untuk auto-pengesahan bayaran...Bayaran akan disahkan serta merta..Pihak bank akan menghantar email pembayaran kepada saya.
  • Untuk pembayaran di mesin atm, anda hanya perlu maklumkan pada saya TARIKH dan MASA pembayaran..Pengesahan bayaran akan dibuat SEHARI SELEPAS pembayaran (statement bank diupdate 24 jam sekali).
Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. PosLaju percuma bg pembelian produk melebihi satu unit! Sabah Sarawak pos parcel percuma

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK..zukawaii at gmail dot com

 


This contact form was created by Freedback.

Wednesday, February 25, 2009

PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA

Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.

Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.

Mengapa minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber yenaga yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.

Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan lain-lain, menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal (usus) seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.

Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.

1 comment:

  1. Wah bagus sekali artikel nya, bisa menjadi banyak masukan nih.
    Makasih ya!

    saya sedang menulis perihal kanker multiple sclerosis di blog saya. silakan berkunjung ya!

    http://distributor4lifeindonesia.wordpress.com/2008/11/29/ternyata-multiple-sclerosis-psoriasi-dan-rheumatoid-arthritis-termasuk-penyakit-autoimune/

    ReplyDelete