CARA BELI ONLINE (PENGHANTARAN PERCUMA) TIADA COD

  • 1. Tempahan : SMS NAMA,ALAMAT, PRODUK DAN KUANTITI ke nombor 012-2604959.atau isi borang online di bawah.
  • 2. Pembayaran : SMS dan email (borang online) akan dibalas dengan maklumat pembayaran.
  • 3. Pengesahan Pembayaran : Untuk pembayaran online, sila letak email (zukawaii at gmail dot com)pada ruangan email penerima di dalam borang transaksi untuk auto-pengesahan bayaran...Bayaran akan disahkan serta merta..Pihak bank akan menghantar email pembayaran kepada saya.
  • Untuk pembayaran di mesin atm, anda hanya perlu maklumkan pada saya TARIKH dan MASA pembayaran..Pengesahan bayaran akan dibuat SEHARI SELEPAS pembayaran (statement bank diupdate 24 jam sekali).
Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. PosLaju percuma bg pembelian produk melebihi satu unit! Sabah Sarawak pos parcel percuma

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK..zukawaii at gmail dot com

 


This contact form was created by Freedback.

Wednesday, July 15, 2009

Psoriatic Athritis

Oleh Hafizah Iszahanid

JANGAN anggap siku, lutut atau kulit kepala yang bersisik itu sakit biasa. Malah jika kuku tangan atau kuku kaki sudah mula berlubang, anda tidak boleh anggap ia masalah biasa. Semua itu tanda-tanda yang dikaitkan dengan sakit kulit yang dinamakan artritis psoriatik.

Artritis biasa kita rujuk kepada masalah sendi manakala psoriatik pula berkaitan masalah kulit yang menjadi radang dan biasanya ia terjadi pada lewat usia remaja. Kadangkala masalah ini boleh menyebabkan sendi pesakit membengkak dan tegang.

Walaupun kelihatannya seperti jarang diketahui, tetapi ia terjadi kepada seorang dalam 10 orang. Biasanya, seseorang itu akan menghidap sakit kulit psoriasis sebelum diserang artritis. Dianggarkan 30 peratus penghidap psoriasis bertukar menjadi artritis psoriatik.

Artritis psoriatik bukan saja menyebabkan sendi bengkak tetapi juga otot, kulit, tendon dan ligamen. Anda juga mungkin boleh mendapat tompok bersisik warna perak atau kelabu pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian bawah belakang. Jari tangan dan kaki mungkin menjadi merah dan bengkak seperti sosej. Lebih teruk kadangkala ia mungkin mempengaruhi tulang belakang dan menyebabkan kekejangan di situ atau leher.

Sebenarnya artritis psoriatik terbahagi kepada tiga kumpulan:

a) Artritis peripheral – ia biasa terjadi. Dalam sesetengah kes, ia hanya terjadi pada beberapa bahagian sendi dan sebelah bahagian badan. Ada juga kes, ia terjadi kepada sepasang sendi dan mirip kepada artritis rheumatoid.

b) Extra-articular osseous – jenis ini biasanya terjadi pada bahagian sendi pertengahan dan akhir (berdekatan dengan kuku jari tangan dan jari kaki) jari tangan atau jari kaki. Simptom begitu mungkin juga membawa kepada osteoartritis dan terjadi di kalangan lima peratus pesakit artritis psoriatik.

c) Spondylitis – ia terjadi pada bahagian tulang belakang. Biasanya ia sakit dan terasa tegang di bahagian bawah belakang, leher atau sepanjang tulang belakang. Ia juga mungkin boleh menyebabkan kesakitan pada sendi tangan, kaki dan pinggang.

Secara keseluruhannya, apa pun jenis artritis psoriatik memiliki tanda yang hampir sama

a) Sisik kelabu atau berwarna perak di siku, lutut, bahagian bawah belakang.

b) Kuku jari tangan dan kaki berlubang dan akhirnya tertanggal.

c) Sakit dan bengkak di bahagian sendi.

d) Bengkak jari tangan dan kaki yang seakan sosej.

Artritis psoriatik sebenarnya mengambil masa lama untuk terjadi malah kadangkala ia akan hilang sebelum muncul kembali. Biasanya tanda-tanda ini akan muncul beberapa bulan sebelum sendi anda mula membengkak dan berasa sakit.

Hingga kini, tidak dapat dipastikan bagaimana artritis psoriatik boleh terjadi. Tetapi ramai pakar perubatan berpendapat ia diwarisi secara genetik. Kerana itu ia tidak berjangkit. Seperti sakit artritis lain, artritis psoriatik ini terjadi kerana kelemahan sistem keimunan dan faktor persekitaran.

Bagaimana anda boleh mengetahui jika anda sebenarnya berhadapan dengan serangan penyakit ini? Oleh kerana simptom penyakit ini hampir sama dengan tanda-tanda gout, sindrom reiter dan juga artritis rheumatoid, doktor yang merawat juga perlu mengadakan beberapa ujian berikut:

a) X ray untuk melihat perubahan tulang dan sendi.

b) Ujian darah.

c) Ujian cecair sendi.

Semua ujian ini mengambil masa sebelum anda disahkan berhadapan dengan artritis psoriatik, tetapi kebiasaannya jika kuku dan kulit turut sakit selain sendi, diagnosis yang kukuh boleh dibuat. Biasanya rawatan membantu mengurangkan bengkak sendi dan mengawal masalah kulit.

Apa yang lebih penting, anda perlu mengambil berat mengenai penjagaan kulit. Pastikan ia kering dengan menggunakan losyen, sabun tanpa pewangi, menambah minyak bayi dalam air mandian anda atau mengelakkan menggunakan sabun yang terlalu banyak bahan kimia.

Aplikasi sejuk atau panas boleh memberikan kelegaan sementara. Haba menolong mengurangkan kesakitan dan kekejangan dengan merehatkan otot yang sakit.

DUA CONTOH KES

Andrew Gan, 48,
Pegawai Pentadbiran

PESAKIT psoriasis perlu memastikan kulit mereka lembap setiap masa bagi mengelakkan kesakitan dan kegatalan. Bagaimanapun bagi Gan ini tidak mudah kerana kebanyakan, tempat yang sakit ialah di bahagian belakang badan. Saya menderita sakit ini sejak 1991 dan saya hanya berjumpa pakar sakit kulit yang memberikan saya krim sapu.

“Tetapi saya perasan jari, tangan dan sendi bahu mula sakit. Kadang-kadang sukar untuk saya pakai baju terutama membutangkan baju.

Kata pakar sakit kulit, saya perlu rujukan pakar reumatologi dan akhirnya saya tahu saya penghidap artritis psoriatik.

Ini bukan berita baik kerana saya turut menghadapi masalah kulit. Saya ditakdirkan untuk makan ubat sepanjang hayat ini bukan apa yang sama mahukan. Tetapi saya bernasib baik, kerana isteri memahami dan setia di sisi jika tidak saya tidak tahu apa yang boleh saya buat.”


Hanisah Abu Bakar, 26,
Eksekutif Pemasaran

“Penyakit ini bagai memusnahkan seluruh hidup saya sebagai wanita. Saya tidak boleh memakai baju mengikut fesyen kerana harus melindungi bahagian kulit bersisik.

Sudah mencuba pelbagai rawatandan saya pasrah dengan keadaan ini. Paling sedih penyakit ini turut merebak ke bahagian sendi dan mula sakit lutut pada 2003. Walaupun sudah berjumpa beberapa orang doktor, sakit saya tidak berkurang dan akhirnya saya disahkan pesakit artritis psoriatik.

Saya tidak boleh melutut dan berjalan kerana sakit. Tekanan perasaan menjadikan sakit ini bertambah. Sampai pada satu tahap saya tidak keluar rumah dan bersenam kerana malu.

Tetapi rawatan yang saya terima mula menunjukkan keberkesanannya. Saya selalu bersenam dan mandi dengan air panas untuk kurangkan tekanan. Saya cuba elak berada lama di dalam bilik berhawa dingin kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan saya.”

Sumber

Inginkan Penawar?? KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment