CARA BELI ONLINE (PENGHANTARAN PERCUMA) TIADA COD

  • 1. Tempahan : SMS NAMA,ALAMAT, PRODUK DAN KUANTITI ke nombor 012-2604959.atau isi borang online di bawah.
  • 2. Pembayaran : SMS dan email (borang online) akan dibalas dengan maklumat pembayaran.
  • 3. Pengesahan Pembayaran : Untuk pembayaran online, sila letak email (zukawaii at gmail dot com)pada ruangan email penerima di dalam borang transaksi untuk auto-pengesahan bayaran...Bayaran akan disahkan serta merta..Pihak bank akan menghantar email pembayaran kepada saya.
  • Untuk pembayaran di mesin atm, anda hanya perlu maklumkan pada saya TARIKH dan MASA pembayaran..Pengesahan bayaran akan dibuat SEHARI SELEPAS pembayaran (statement bank diupdate 24 jam sekali).
Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. PosLaju percuma bg pembelian produk melebihi satu unit! Sabah Sarawak pos parcel percuma

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK..zukawaii at gmail dot com

 


This contact form was created by Freedback.

Wednesday, September 26, 2012

VCO DEODORANT


 RM50

Soft / X-treme

2 bottles





Apakah itu deodoran?

Deodoran adalah produk penjagaan kebersihan, yang biasa digunakan dan mudah didapati hampir dalam setiap rumah. Boleh didapati dalam berbagai bentuk, samada pepejal, cecair, ataupun serbuk. Digunakan terutamanya di bawah ketiak, bagi menghilangkan bau badan yang berpunca dari aktiviti penguraian bakteria terhadap peluh. Bakteria berkenaan ‘memakan’ peluh dari apocrine glands, sel-sel kulit mati dan sel-sel bulu roma, lalu mengeluarkan asid 3-methyl-2-hexenoic.
Kebanyakan deodoran adalah berasaskan alkohol. Alkohol pada asalnya merangsang pengeluaran peluh, dan juga dapat memusnahkan bakteria. Bagaimanapun alkohol juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan ada kalanya menjadi radang kemerah-merahan. Selain itu kebanyakan cecair deodoran memiliki sifat-sifat anti-perspiran, yang mana ia berupaya menghentikan atau mengurangkan pengeluaran peluh secara ketara. Dengan yang demikian ia mengurangkan lembapan yang diperlukan oleh bakteria.  Bahan yang paling kerap digunakan sebagai agen anti-perspirant adalah aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium  zirkonium. Anti-perspiran yang berasaskan aluminium ini akan bertindak balas dengan elektrolit  yang ada dalam air peluh, membentuk gel plugs dalam ‘sweat glands ducts.’   Gel plugs tersebut akan menghalang ‘sweat glands ducts’ dari mengeluarkan cairan peluhnya. Bagaimanapun ia akhirnya akan dikeluarkan juga melalui pertukaran sel-sel kulit.
Penemuan terakhir telah menunjukkan bahawa aluminium adalah bersifat ‘poisonous neurotoxin’, yang boleh terkumpul di dalam tubuh. Ia didapati boleh menyebabkan pemendakan amyloid proteins yang menjadi punca kekusutan sel-sel otak dalam kebanyakan kes ‘dementia’. Hasil dari kajian tersebut juga mereka menemukan bukti bahawa paras aluminium fluorida serendah 1ppm, boleh menyebabkan kesan buruk terhadap perkembangan otak. Aluminium yang bersifat ‘poisonous neurotoxin’ berpotensi merubah fungsi ‘blood brain barrier’, dan ia adalah salah satu unsur yang tidak ada fungsi dan manafaat terhadap sel-sel hidup.
Tidak menghairankan bahawa penggunaan aluminium dalam anti-perspirants dikatakan mempunyai hubung kait dengan ‘systemic accumulation of aluminium’ , punca meningkatnya risiko penyakit Alzheimer.
Telah ditemukan juga melalui satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004 oleh Dr Kris McGrath, seorang ahli alergi Chicago yang mendakwa telah menemui hubungan antara antiperspiran, mencukur ketiak dan kanser. Beliau percaya bahan penyebab yang terdapat di dalam antiperspiran adalah racun dalam garam aluminium seperti aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium  zirkonium Beliau mengatakan, walaupun bahan-bahan tersebut biasanya tidak menembusi kulit dan tidak menimbulkan masalah, namun dengan mencukur boleh mengakibatkan perkara yang sebaliknya terhadap kulit. Perlakuan mencukur sebenarnya, mengganggu kulit seumpama membuka pintu untuk kemasukan bahan-bahan berkenaan, kerana tepat di bawah kulit terdapat sistem lymphatic, yang bersambung dengan payudara.
Dalam kajian tersebut, lebih dari 400 pengidap kanser payudara di Chicago memperakui bahawa mereka biasa menggunakan antiperspirants dan mencukur ketiak. Beliau mendapati bahawa wanita yang melakukan pencukuran ketiak yang kerap mengalami serangan kanser payudara 22 tahun lebih awal dari yang tidak melakukannya.
Terakhir para penyelidik British, telah menemui juga jejak bahan kimia lain yang disebut paraben, digunakan sebagai pengawet dalam deodorant, pada rangkaian yang diambil dari wanita yang mengidap kanser payudara. Mereka juga telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam Journal of Toxicology yang memberikan pandangan kemungkinan bahan kosmetik yang digunapakai pada ketiak menjadi antara faktor penyebab kanser payudara. Walaupun tidak jelas bagaimana berlaku mekanisme yang diajukan, tapi yang pasti adalah lebih selamat untuk mengelakkan semua antiperspiran dan deodoran, yang mengandungi bahan-bahan tersebut demi keselamatan.


Cara Mengetahui Perbezaan Antara Deodoran dan antiperspiran?
Untuk memelihara dan menjaga agar kulit sentiasa sihat, tetap kering dan mengelakkan kegatalan, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara deodoran dan antiperspiran. Ada banyak jenis deodoran dan antiperspirant di pasaran, namun sebelum membuat pilihan samada berdasarkan jenama atau aroma, perlu diketahui beberapa maklumat asas tentang deodoran dan antiperspiran.
1.Deodoran
i. Deodoran digunakan untuk menutup bau atau memusnahkan bakteria yang menyebabkan bau. Ia tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh, tetapi sebaliknya berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila sesaorang berpeluh, samada dengan memusnahkan bakteria yang berperanan melakukan penguraian peluh, punca bau yang tidak enak.
ii. Deodoran boleh digunakan pada mana-mana bahagian tubuh, bukan hanya pada bahagian ketiak. Walaupun deodoran sangat popular digunakan pada ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini.
 iii. Deodoran boleh didapati samada dalam bentuk mineral, gel, serbuk, krim dan juga semburan. Bagi deodoran yang dalam bentuk serbuk amat sesuai digunakan pada bahagian kaki, sementara krim dan semburan deodoran sesuai digunakan di bawah lengan atau ketiak.

2.Antiperspiran.

i. Ramai menganggap bahawa antiperspiran adalah subset dari deodoran, tapi tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Sebenarnya deodoran menghalang bau, manakala antiperspirants menghalang peluh.

ii. Diantara kandungan utama antiperspiran adalah sebatian aluminium yang berfungsi secara berkesan untuk mengurangkan pengeluaran peluh.

iii. Antiperspirant memasuki tubuh anda melalui saluran peluh dan membentuk plug sementara untuk tidak membenarkan pelepasan keringat. Ia adalah seumpama gabus yang menyekat pembukaan pada sebiji botol.
 
iv. Tidak seperti deodoran, antiperspiran kebiasaannya hanya digunakan pada bahagian ketiak tubuh sahaja, dan jarang digunakan pada bahagian tubuh yang lain.

v. Seperti deodoran, antiperspiran boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk gel, krim serbuk, dan  juga semburan.
Apakah fungsi sebatian Aluminium dalam antiperspiran dan deodoran?
Sebatian Aluminium digunakan sebagai bahan aktif dalam antiperspiran. Sebatian ini membentuk sebuah plug sementara dalam saluran peluh, menghentikan aliran keringat ke permukaan kulit. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sebatian aluminium yang kerap digunakan dan terbiar lama pada kulit terutama yang hampir dengan payudara, boleh diserap oleh kulit yang akhirnya mengakibatkan seakan kesan hormon estrogen. Umum mengetahui bahawa estrogen mempunyai kemampuan untuk mempromosikan pertumbuhan sel kanser payudara. Beberapa saintis telah menyatakan bahawa sebatian aluminium yang terdapat dalam antiperspirants boleh menyumbang pada perkembangan kanser payudara.
Apakah fungsi paraben dalam antiperspiran dan deodoran?
Beberapa kajian telah juga memfokuskan ke atas paraben, pengawet yang digunakan dalam beberapa deodoran dan antiperspirant yang menunjukkan aktiviti seakan aktiviti estrogen dalam sel-sel tubuh.  Bagi para pengguna  deodoran dan antiperspirant kehadiran paraben dapat di ketahui dengan nama seperti methilparaben, propilparaben, butilparaben, atau benzilparaben. Kepercayaan yang mengatakan paraben terhimpun di dalam tisu payudara telah disokong oleh kajian  pada tahun 2004 , yang mana telah menemui paraben di dalam 18 dari 20 sampel tisu kanser payudara manusia. Bagaimanapun kajian tersebut tidak membuktikan yang paraben boleh menyebabkan kanser. Pengarang kajian tersebut tidak menganalisa tisu payudara yang sihat atau tisu dari bahagian lain tubuh berkenaan, dan tidak juga menunjukkan yang paraben hanya ditemui dalam tisu payudara yang diserang kanser. Juga kajian tidak mengenalpasti sumber paraben dan tidak juga membuat kepastian yang tumpukan paraben tersebut adalah kesan dari penggunaan  deodoran or antiperspiran
Sesungguhnya lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk  mempastikan apakah penggunaan deodoran dan antiperspiran boleh menyebabkan tumpukan paraben dan sebatian aluminum dalam tisu payudara. Kajian juga perlu untuk mengenal pasti apakah semua atau sebahagian bahan ini boleh merubah DNA pada sebahagian sel atau boleh mengakibatkan perubahan pada sel payudara, yang akhirnya membawa kepada pembentukan kanser payudara
Apa hubungan antara antiperspiran atau deodoran dengan kanser payudara?
Pada tahun 2002, telah dilaporkan satu kajian tentang kaitan antara kanser payudara dengan antiperspiran ketiak dan deodoran. Hasil kajian berkenaan tidak menunjukkan peningkatan risiko kanser payudara pada wanita yang menggunakan antiperspiran ketiak atau deodoran. Keputusan kajian juga menunjukkan tidak ada peningkatan risiko kanser payudara untuk wanita yang menggunakan pisau pencukur (bukan elektrik) dan antiperspiran atau deodoran ketiak, atau untuk wanita yang dilaporkan menggunakan deodoran antiperspiran di ketiak atau dalam 1 jam pencukur dengan pisau pencukur. Kesimpulan ini didasarkan pada wawancara dengan 813 wanita yang mengidap kanser payudara dan dengan 793 wanita tanpa sejarah kanser payudara.
Namun pada tahun 2003, dalam sebuah kajian yang berbeza, telah dikeluarkan satu penemuan  berhubung dengan kekerapan mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran/deodoran oleh 437 mangsa kanser payudara. Kajian ini mendapati bahawa umur wanita yang mendapat rawatan kanser payudara secara signifikan lebih awal pada wanita yang menggunakan produk berkenaan dan melakukan pencukuran ketiak mereka lebih kerap. Selain itu, wanita yang telah melakukan kebiasaan mencukur ketiak dan menggunakan antiperspiran dan deodoran  sebelum usia 16 tahun didapati mengidap kanser payudara pada usia lebih awal berbanding mereka yang melakukan kebiasaan tersebut lebih lambat.
Walaupun keputusan ini menunjukkan bahawa tabiat mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran serta deodoran mungkin ada kaitannya dengan kanser payudara, namun ia  tidak menunjukkan keputusan yang konklusif, berkenaan dengan hubungan diantara kebiasaan amalan berkenaan (tabiat mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran serta deodoran) dengan kanser payudara.
Sumber Rujukan
  1. Jones J. Can rumors cause cancer? Journal of the National Cancer Institute 2000; 92(18):1469–1471.
  2. Darbre PD. Underarm cosmetics and breast cancer. Journal of Applied Toxicology 2003; 23(2):89–95.
  3. Darbre PD. Aluminium, antiperspirants and breast cancer. Journal of Inorganic Biochemistry 2005; 99(9):1912–1919.
  4. Harvey PW, Everett DJ. Significance of the detection of esters of p-hydroxybenzoic acid (parabens) in human breast tumours. Journal of Applied Toxicology 2004; 24(1):1–4.
  5. Darbre PD, Aljarrah A, Miller WR, et al. Concentrations of parabens in human breast tumours. Journal of Applied Toxicology 2004; 24(1):5–13.
  6. Mirick DK, Davis S, Thomas DB. Antiperspirant use and the risk of breast cancer. Journal of the National Cancer Institute 2002; 94(20):1578–1580.
  7. McGrath KG. An earlier age of breast cancer diagnosis related to more frequent use of antiperspirants/deodorants and underarm shaving. European Journal of Cancer 2003; 12(6):479–485.
  8. Fakri S, Al-Azzawi A, Al-Tawil N. Antiperspirant use as a risk factor for breast cancer in Iraq. Eastern Mediterranean Health Journal 2006; 12(3-4):478–482
Perbezaan antara deodoran biasa,antiperspiran dan deodoran Bioasli.
Mengapa perlu memilih deodoran alami ?
Antiperspiran
Kebanyakan orang berfikir bahawa antiperspiran dan deodoran adalah sama. Hakikatnya keduanya adalah produk yang sangat berbeza. Perbezaan mendasar terletak pada mekanisma fungsi produk ini, dan potensinya mempengaruhi kesihatan. Pada dasarnya kedua-duanya merupakan bahan kimia yang menggunakan proses yang berbeza untuk mengurangkan bau badan. Sebahagian bahan tertentu dalam produk berkenaan dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun deodoran sering disebut sebagai alternatif yang lebih baik daripada kebanyakan antiperspirant.
Antiperspirant, selain mengandungi bahan wangian, ia juga mengandungi sebatian kimia yang berfungsi menyumbat, menutup atau menghalang pori-pori liang roma dengan astringents kuat seperti garam aluminium klorida, aluminium klorohidrat dan aluminium zirkonium sehingga peluh tidak dapat dilepaskan. (Nota : aluminium boleh terkumpul dalam otak.)
Deodoran Biasa.
Sementara deodoran biasa berfungsi dengan meneutralkan bau keringat dan dengan bertindak sebagai antiseptik yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak. Deodoran tidak menghalang keringat, tetapi mencegah bau.
Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang deodoran, iaitu dengan beranggapan bahawa ia hanya bahan beraroma yang menutupi bau badan. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk memilih antiperspirant, yang mereka anggap berfungsi menghilangkan bau, berbanding deodoran yang pada anggapan mereka hanya menutupi bau.
Kesimpulannya deodoran adalah lebih baik kerana ia tidak mengganggu proses perpeluhan, proses pendinginan tubuh semulajadi.
Kumpulan-kumpulan persatuan pengguna serata dunia kini terus menyuarakan keprihatinan atas alasan keselamatan dan kesihatan awam yang berhubung kait dengan produk kecantikan, dan tidak terkecuali deodoran dan antiperspirant. Beberapa kajian menunjukkan potensi risiko kesihatan yang berkaitan dengan sebatian aluminium ditemui di dalam kebanyakan antiperspirants. Kajian yang serupa juga telah menemukan risiko yang mungkin disebabkan oleh paraben di dalam beberapa deodoran. Kedua-duanya telah dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik, termasuk kanser payudara.
Sebahagian besar pengeluar dan pelbagai badan kesihatan dunia, menyatakan bahawa kajian berkenaan tiada cukup asas terhadap dakwaan mereka.Walaupun terdapat jaminan, serta perakuan profesional kesihatan berhubung dengan tiadanya bukti kukuh yang dapat dikaitkan risiko berbagai penyakit dengan penggunaan antiperspiran dan deodoran namun penggunaan deodoran adalah lebih disyorkan berbanding penggunaan antiperspirant, kerana penggunaan antiperspiran yang berfungsi menghalang pori-pori dan mencegah keringat mungkin bukan pilihan yang sihat.
Deodoran Bioasli
Sebagaimana kebanyakan deodoran, deodoran Bioasli tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh atau menghalang keringat, tetapi berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila seseorang berpeluh, meneutralkan bau keringat dan bertindak sebagai antiseptik, yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak, selain menutupi bau.
Kehadiran minyak kelapa dara, yang bersifat anti bakteria, anti virus dan anti kulat sebagai komponen utamanya, menjadikannya sangat berkesan untuk menghalang sebarang aktiviti bakteria pada mana-mana bahagian luar kulit manusia yang berpotensi menghasilkan bau yang tidak diingini.
Selain itu minyak kelapa dara  yang terdiri dari MCFA sangat membantu memelihara mana-mana bahagian kulit yang terlibat. Minyak kelapa dara sangat berkeupayaan untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru menggantikan sel-sel kulit yang mati. Hasilnya kulit akan tetap anjal dan segar. Manakala kandungan antioksidan dalam minyak kelapa dara sangat berupaya menghalang sebarang tindak balas aktiviti radikal bebas, membantu melambatkan proses penuanan (kedutan) pada mana-mana bahagaian kulit yang terlibat.
Sesuatu yang menarik deodoran Bioasli bebas dari penggunaan sebarang paraben yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran.Walaupun deodoran Bioasli sangat popular digunakan pada bahagian ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh lain, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini, seperti di bahagian ari-ari, atau mana-mana bahagian lain yang difikirkan perlu.

Kelebihan Deodoran Minyak Kelapa Dara Bioasli
1. Didatangkan dengan dua siri wangian berbeza

Deodoran ialah keperluan penjagaan kebersihan diri yang di perlukan oleh semua tidak mengira lelaki atau perempuan. Keperluan harian ini sudah sinonim dan pasti tidak selesa jika tidak menggunakannya. Kesesuaian untuk pengguna memilih produk ini kebiasaanya berdasarkan wangian yang di gunakan. Perbezaan bau wangian sering di gunakan pengeluar untuk membezakan deodoran bagi pengguna lelaki dan pengguna wanita. Bau wangian yang extreme,cool dan aktif biasanya di khususkan untuk pengguna lelaki dan bagi pengguna wanita wangian yang biasa di gunakan ialah bauan yang lembut,nyaman,pati bunga dan lebih feminin. Namun begitu wangian-wangian ini tidak mendatangkan sebarang mudarat jika di gunakan oleh jantina yang berlainan.
Deodoran Minyak Kelapa Dara Bioasli juga turut di datangkan dengan dua siri wangian yang berbeza bagi menyesuaikan penggunaannya dengan jantina pengguna. Deodoran Minyak Kelapa Dara Bioasli Extreme di datangkan dengan wangian yang extreme dan cool sesuai dengan namanya untuk lelaki yang gemarkan aktiviti lasak dan extreme. Deodoran Minyak Kelapa Dara Bioasli Soft pula di datangkan dengan wangian yang lembut dan santai untuk pengguna wanita yang gemar dengan wangian semulajadi. Tetapi tidak menjadi masalah atau mudarat sekiranya menggunakan jenis deodoran yang berlawanan dengan jantina.

2. Bebas dari kandungan alumunium dan paraben merbahaya
Sesuatu yang menarik deodoran Bioasli bebas dari penggunaan sebarang paraben yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran. Selain itu juga, kandungan deodoran ini adalah bebas dari sebarang unsur alumunium yang di dapati merbahaya dan menjadi faktor kepada kekusutan sel otak dan penyebab kanser payudara. Walaupun deodoran Bioasli sangat popular digunakan pada bahagian ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh lain, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini, seperti di bahagian ari-ari, atau mana-mana bahagian lain yang difikirkan perlu.

3. Diperkaya dengan minyak kelapa dara
Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan. Untuk keterangan lanjut,sila klik di tajuk ini. Minyak Kelapa Dara.

4. Memelihara,menjaga dan merawat
Kandungan deodorean yang bebas dari bahan kimia dan di perkayakan dengan minyak kelapa dara dengan ini sekaligus menjadikan deodoren ini sebagai rawatan kepada kulit dari masalah bau,keradangan kulit dan mencerahkan bahagian yang di sapu dengan penggunaan yang kerap. Selain itu,dengan penggunaan deodoran minyak kelapa dara ini juga mengurangkan risiko pengumpulan plag di otak yang boleh menjadi punca Alzhiemer dan juga punca kanser payudara dari penggunaan sumber alumunium yang merbahaya. 

Isi Kandungan
Aqua,Polysobate 20,Hydroxythyl cellulose,Allantoin,EDTA,Virgin Coconut Oil,Perfume,Euxyl PE9010

No comments:

Post a Comment