Jumlah orang yang berlebihan berat badan terus meningkat selama lebih dari beberapa puluh tahun terakhir ini, terutama selama 10 tahun kebelakangan ini. Menurut Centres for Disease Control and Prevention (CDC) jumlah orang gemuk di Amerika telah meningkat pada 10 tahun terakhir ini dari 12% menjadi 17.9% dari keseluruhan penduduknya. Juga di Amerika, 55% dari keseluruhan penduduk yang mengalami kelebihan berat badan, satu dari empat orang dewasa dianggap gemuk atau sebanyak 25% dari semua remaja mengalami kelebihan berat badan. Anak-anak lebih banyak menjadi cepat gemuk, sehingga jumlah anak yang kelebihan berat badan meningkat dua kali ganda pada 30 tahun terakhir ini. Angka ini hamper sama terjadi di Britain, Jerman dan negara-negara Eropah lainnya.
Dilihat dari sudut perubatan kegemukan adalah masalah yang serius. Dengan berat badan yang berlebihan, sesaorang boleh menambah risiko mendapat penyakit. Seseorang dianggap gemuk jika berat sebenarnya 20% atau lebih di atas berat normalnya. Selama lebih dari 10 tahun terakhir ini kegemukan telah meningkat sebanyak 70% diantara orang yang berusia 18-29 tahun. Bagi orang yang berusia 30-39 tahun angkanya meningkat sebanyak 50%. Kesemua kelompok usia lainnya mengalami penambahan berat badan yang dramatik seperti sakit jantung, hempedu, diabetis, osteoarthritis dan mati muda.
Jika masalah berat badan dapat diatasi maka bererti badan akan menjadi sihat.Apatah lagi jika dilakukan sendiri tanpa bantuan ubat-ubatan. Kebanyakan orang berusaha untuk menurunkan berat badan dengan megikuti berbagai program seperti mengurangi makanan berlemak dan melebihkan karbohidrat. Ternyata ia membuat mereka sengsara sedangkan dan hasilnya tidak sebagaimana yang dikehendaki.
Segelintir orang masih menganggap makan secara sihat dan seimbang adalah dengan menghindari lemak dan menggunakan minyak “sihat” seperti marjerin dan minyak sayur sebagai bahan asas makanan. Namun jika dipelajari tentang makanan kesihatan dan minyak kelapa dara, sebenarnya mereka telah mengambil jenis minyak yang salah. Justeru itu mereka seharusnya menggantikan minyak sayur dengan mengkonsumsi minyak kelapa dara, menggunakan mentega (butter) menggantikan marjerin, sedikit manis-manisan dan mengkonsumsi lebih banyak makanan serat. Dengan ini akan menjadikan badan lebih sihat tanpa perlu mengurangi jumlah makanan yang diambil. Tambahan pula dengan memakan minyak kelapa dara mereka akan mendapat lebih kalori berbanding sebelumnya.
Cara pemakanan seperti ini sebenarnya merupakan diet yang tanpa disedari boleh menurunkan berat badan. Keadaan ini dikatakan tanpa disedari kerana sesaorang yang melalui kaedah ini akan mengalami kehilangan berat badan tanpa menjalani diet dan mereka sebenarnya tidak pun berusaha untuk menurunkan berat badan mereka. Dengan pola makan seperti ini mereka tidak akan merasa terbeban dengan aturan-aturan diet, serta bebas makan makanan berlemak terutama minyak kelapa.
Gangguan Kesihatan Obesiti
1.Abnominal hernias
2.Arthritis
3.Encok
4.Sakit jantung koroner
5.Hipertensi
6.Gangguan pernafasan
7.Varicose veins
8.Atherosclerosis
9.Diabetis
10.Gangguan gastrointestinal
11.Kanser
12.Ketidakteraturan Ginekologi (masalah kesuburan)
Bagaimana mendapatkan lemak?
Mengapa harus menghitung kalori?
Lumrahnya kegemukan berlaku adalah disebabkan oleh kelebihan makanan yang dimakan dibandingkan yang diperlukan oleh tubuh. Fenomina ini terjadi bilamana makanan yang dimakan diubah menjadi energi samada untuk memperkuat fungsi metabolik atau untuk aktiviti fizikal. Namun sekiranya terdapat lebihan energi ia akan diubah menjadi lemak lalu masuk ke dalam sel untuk dijadikan selulit pada kaki, sekitar pinggang dan punggung. Oleh itu semakin banyak makan, maka semakin besar badan sesaorang.
Tenaga yang didapati dari makanan diukur dalam unit kalori. Setiap orang memerlukan sejumlah kalori tertentu untuk menjaga fungsi proses metabolik dasar. Semua ini merupakan proses yang dapat mempertahankan hidup misalnya menjaga jantung agar terus berdegup, paru-paru tetap bernafas, perut tetap mencerna makanan dan memperkuat setiap proses seluler yang semuanya terus berlangsung di dalam tubuh. Angka di mana tubuh menggunakan kalori untuk aktiviti metabolik ini dinamakan basal metabolic rate (BMR) iaitu jumlah kalori yang akan dikeluarkan seseorang ketika berbaring, tidak aktif tetapi dalam keadaan jaga. Aktiviti apa pun walaupun sederhana akan memerlukan kalori tambahan. Dua pertiga kalori yang digunakan setiap hari digunakan untuk menjaga fungsi metabolik dasar. Setiap orang mempunyai BMR yang berbeza. Banyak faktor menentukan BMR dan jumlah kalori yang diperlukan dan digunakan tubuh. Anak muda memerlukan lebih kalori berbanding orang tua. Secara fizik orang dewasa memerlukan lebih banyak kalori berbanding orang pasif. Orang yang sedang berpuasa, sangat kelaparan atau sedang berdiet menggunakan lebih sedikit kalori berbanding biasa.
Dua faktor paling berpengaruh yang harus dikendalikan dalam menurunkan berat badan adalah konsumsi kalori dan aktiviti fizik.
Perhatikan satu contoh tentang bagaimana pengambilan makanan mempengaruhi berat badan. Seseorang yang mempunyai berat 150paun (75kg) dengan pekerjaan yang memerlukannya duduk sahaja, seperti operater keyboard komputer, memerlukan hanya sekitar 1600 kalori untuk fungsi metabolic dasar dan 800 kalori lainnya untuk aktiviti fizik harian. Dia harus mengkonsumsi sejumlah 2400 kalori (1.600+800) setiap hari untuk mempertahankan berat badannya. Jika dia kurang makan, katakanlah 2300 kalori, maka berat badannya akan turun kerana tubuhnya memerlukan 2400 kalori. Oleh kerana keperluan asas tubuhnya memerlukan sebanyak 2400 kalori, jika dia tidak mendapatkan semuanya dengan tambahan 100 kalori lagi, maka ia harus didapatkan dari pemecahan jaringan lemak. Akibatnya dia akan kehilangan lemak dari badan. Sedangkan jika dia memakan lebih dan 2400 kalori, semua lebihan tenaganya akan diubah menjadi lemak dan berat badannya akan bertambah.
Perhatikan contoh di mana aktiviti berubah tetapi konsumsi kalorinya tetap sama jika lelaki dalam contoh tadi mengkonsumsi kalori 2400 kalori/sehari, gerakan fizik kurang aktif berbanding sebelumnya, tubuh akan menggunakan lebih sedikit kalori. Jika dia hanya menggunakan 2300 kalori kelebihan kalori yang dikonsumsi akan diubah menjadi lemak dan dia akan menambah berat badannya. Sebaliknya jika dia melakukan olahraga, aktiviti fizik akan menambah kalori hariannya misalnya sehingga 2500 kalori per hari. Berat badannya akan turun kerana lemak tubuh sebanyak 100 kalori akan digunakan untuk mengganti keperluan energi. Oleh kerana itulah orang aktif biasanya kelihatan lebih ramping berbanding orang kurang aktif. Jika contoh lelaki di atas melakukan pekerjaan seperti jaga sekolah,dia akan memerlukan sekitar 2600-2800 kalori sehari untuk mempertahankan berat badannya. Jika dia melakukan pekerjaan berat, seperti menukang, dia akan memerlukan 2800-3200 kalori setiap hari. Orang sebegini memerlukan kalori antara 2200-3200 kalori setiap hari dan bergantung pada aktiviti hariannya. Wanita biasanya lebih kecil keperluannya dan kurang berotot berbanding lelaki sehingga mereka memerlukan lebih sedikit kalori kira-kira 200-400 kalori di bawah keperluan lelaki.
Penurunan Berat Badan yang Lebih Cepat...
Pernahkah anda melihat sebuah iklan “Saya menurunkan berat badan 25kg dalam masa 4 minggu”. Saya mengurangkan ukuran dari 18 menjadi 8 dalam masa 30 hari?” Segala macam program diet menjamin dapat menurunkan berat “dengan cepat”. Persoalannya, apakah mungkin sesaorang mampu menurunkan berat badan dengan begitu cepat?
Cuba perhatikan fakta berikut:
Satu paun (setengah kg) lemak tubuh menyimpan 3500 kalori, untuk menurunkan harus mengulangi kalori yang masuk lebih kecil dari 3500 kalori. Rata-rata pengurangan sebesar 500 kalori sehari atau 3500 kalori seminggu akan dapat menurunkan berat badan sebanyak setengah kg (satu paun) seminggu. Pengurangan 1000 kalori setiap hari sama dengan penurunan berat badan sebanyak 2 paun setiap minggu. Untuk menurunkan 1000 kalori setiap hari, mereka harus mengurangi makanan hampir separuh dari biasa Itu merupakan pengurangan yang besar bererti penurunan lemak memerlukan waktu, tidak dapat mengurangi 25kg lemak hanya dalam waktu 6 minggu. Hal ini tidak mungkin terjadi kecuali terlalu gemuk dan tidak mengkonsumsi apa-apa kecuali air. Penurunan 3 hingga 6 kg lebih realistik dalam waktu 6 minggu.
CARA BELI ONLINE (PENGHANTARAN PERCUMA) TIADA COD
- 1. Tempahan : SMS NAMA,ALAMAT, PRODUK DAN KUANTITI ke nombor 012-2604959.atau isi borang online di bawah.
- 2. Pembayaran : SMS dan email (borang online) akan dibalas dengan maklumat pembayaran.
- 3. Pengesahan Pembayaran : Untuk pembayaran online, sila letak email (zukawaii at gmail dot com)pada ruangan email penerima di dalam borang transaksi untuk auto-pengesahan bayaran...Bayaran akan disahkan serta merta..Pihak bank akan menghantar email pembayaran kepada saya.
- Untuk pembayaran di mesin atm, anda hanya perlu maklumkan pada saya TARIKH dan MASA pembayaran..Pengesahan bayaran akan dibuat SEHARI SELEPAS pembayaran (statement bank diupdate 24 jam sekali).
Sunday, March 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment