CARA BELI ONLINE (PENGHANTARAN PERCUMA) TIADA COD

  • 1. Tempahan : SMS NAMA,ALAMAT, PRODUK DAN KUANTITI ke nombor 012-2604959.atau isi borang online di bawah.
  • 2. Pembayaran : SMS dan email (borang online) akan dibalas dengan maklumat pembayaran.
  • 3. Pengesahan Pembayaran : Untuk pembayaran online, sila letak email (zukawaii at gmail dot com)pada ruangan email penerima di dalam borang transaksi untuk auto-pengesahan bayaran...Bayaran akan disahkan serta merta..Pihak bank akan menghantar email pembayaran kepada saya.
  • Untuk pembayaran di mesin atm, anda hanya perlu maklumkan pada saya TARIKH dan MASA pembayaran..Pengesahan bayaran akan dibuat SEHARI SELEPAS pembayaran (statement bank diupdate 24 jam sekali).
Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. PosLaju percuma bg pembelian produk melebihi satu unit! Sabah Sarawak pos parcel percuma

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK..zukawaii at gmail dot com

 


This contact form was created by Freedback.

Sunday, March 1, 2009

PEMBESARAN PROSTAT

Pada umumnya lelaki dewasa mempunyai risiko di serang gangguan prostat semasa hidupnya. Gangguan prostat paling umum adalah benign prostaic hyperplasia (BHP)atau pembesaran prostat. Hampir 50% lelaki berumur antara 40-59 tahun dan sebanyak 90% orang yang berusia antara 70-80 tahun terserang gejala BHP ini. .Penyakit tersebut begitu menyebar sehingga hampir selalu menjadi kesan pasti ketika sesaorang meningkat tua. Adalah diketahui bahawa gaya hidup memainkan peranan penting bagi berlakunya BHP ini, dan ia merupakan masalah utama di negara barat..Lelaki yang tinggal di dunia yang kurang maju di mana makanan setempat diproduksi dan dikonsumsi biasanya tidak diganggu oleh penyakit ini..Namun punca sebenar penyakit BHP ini belumlah diketahui. Teori paling popular memfokuskan pada male hormone dihydrostestosterone (DHT) sebagai penyebabnya. Dipercayai bahawa ketika kita meningkat tua lebih banyak testerone diubah menjadi DHT yang terkumpul. dalam kelenjar prostat. Hal ini menyebabkan prostat membesar, dan ia menekan uretha, (tabung di mana urine mengalir) dan pundi kencing sehingga menyebabkan sering kencing dan gangguan kencing, terutama diwaktu malam, Keadaan ini sering di kaitkan dengan radang kelenjar. Walaupun ia bukan penyakit kanser, tetapi ia berpotensi sebagai pendukung terjadinya penyakit ini, (kanser).

Pengubatan yang munasabah untuk BHP adalah dengan membendung perubahan testerone menjadi DHT. Finasteride adalah sejenis ubat berfungsi dengan cara ini dan telah terbukti efektif. Pengubatan herba popular dan dipercayai dapat membendung pengaruh beracun pembentukan DHT yang berlebihan adalah saw palmetto.Tanaman iklim subtropika ini ditemukan di daerah Amerika Tenggara. Orang Indian asli Florida dan orang terdahulunya menggunakan berries dan tanaman ini sebagai ubat rakyat untuk menyembuhkan gangguan reproduksi, atau penyakit saluran kencing dan selsema. Pada wanita ia digunakan untuk memasok susu ibu dan meredakan haid yang menyakitkan.

Penelitian menunjukkan bahawa saw palmetto berries sangat efektif dalam mengurangi gangguan BHP. Jika dibandingkan dengan proscar (ubat BHP yang banyak diformulakan), saw palmetto lebih efektif dalam meredakan gejala prostat. Banyak penelitian telah menunjukkan bahawa saw palmetto sangat efektif hampir 90% pada waktu haid diantara minggu ke-4 hingga minggu ke-6 minggu. Sebaliknya proscar hanyalah efektif dalam meredakan gejalanya kurang 37% setelah mengambil ubatnya selama setahun. Diyakini bahawa saw palmetto tidak mempunyai kesan sampingan. Sebaliknya proscar mungkin menyebabkan impotensi, penurunan keinginan (libido) seksual dan kelahiran cacat. Saw palmetto telah mendapatkan reputasinya diantara para ahli perubatan kesihatan alternatif dan konvensional sebagai satu pengubatan efektif untuk BPH.Ia merupakan satu herba yang telah diakui oleh pengubatan konvensional sebagai selamat dan efektif.

Pengaruh-pengaruh pengubatan saw palmetto boleh didapati terutama sekali dari asam lemak di dalam berry. Menarik untuk diperhatikan bahawa saw palmetto merupakan kelompok palm dan berries dan ia merupakan diantara species kelapa. Didapati banyak asam lemak pada saw palmetto berries merupakan MCFA yang serupa dengan MCFA di dalam kelapa. Dr Jon Kabara, seorang ahli biokimia lemak(lipid), menegaskan bahawa asam lemak saw palmetto barries berupaya menghambat pembentukan hormon DHT. Maka demikianlah juga dengan asam lemak pada minyak kelapa. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah minyak kelapa seharusnya sama efektifnya bahkan lebih efektif dalam mencegah dan mengubati BPH sebagaimana ekstrak saw palmetto.

No comments:

Post a Comment