CARA BELI ONLINE (PENGHANTARAN PERCUMA) TIADA COD

  • 1. Tempahan : SMS NAMA,ALAMAT, PRODUK DAN KUANTITI ke nombor 012-2604959.atau isi borang online di bawah.
  • 2. Pembayaran : SMS dan email (borang online) akan dibalas dengan maklumat pembayaran.
  • 3. Pengesahan Pembayaran : Untuk pembayaran online, sila letak email (zukawaii at gmail dot com)pada ruangan email penerima di dalam borang transaksi untuk auto-pengesahan bayaran...Bayaran akan disahkan serta merta..Pihak bank akan menghantar email pembayaran kepada saya.
  • Untuk pembayaran di mesin atm, anda hanya perlu maklumkan pada saya TARIKH dan MASA pembayaran..Pengesahan bayaran akan dibuat SEHARI SELEPAS pembayaran (statement bank diupdate 24 jam sekali).
Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. PosLaju percuma bg pembelian produk melebihi satu unit! Sabah Sarawak pos parcel percuma

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK..zukawaii at gmail dot com

 


This contact form was created by Freedback.

Sunday, March 1, 2009

PENCEGAH SAKIT JANTUNG

Seperti yang diterangkan sebelum ini, minyak kelapa tidak meningkatkan kadar kolesterol darah maupun kadar triglyserid dan gumpalan darah yang berlebihan. Bahkan ia dapat merangsang metabolisma, yang dengannya dapat merendahkan kadar kolesterol. Hasil penyelidikan dari tahun 1970 hingga tahun 1980 menunjukan bahawa minyak kelapa baik untuk jantung meskipun pada waktu itu lemak jenuh dituduh dapat meningkatkan resiko sakit jantung. Pengambilan minyak kepala terbukti mempunyai banyak pengaruh yang berhubungan dengan penurunan risiko sakit jantung dibandingkan dengan minyak makan lainnya. Minyak kelapa juga dapat menurunkan timbunan lemak tubuh, mempertinggi angka kelangsungan hidup, mengurangi pembentukan gumpalan darah, memperkecil radikal bebas didalam sel, menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan hati, menambah cadangan antioksidan didalam sel dan menurunkan kadar kemungkinan terjadinya sakit jantung pada masyarakat. Dengan mengkonsumsi minyak kelapa akan mengurangkan kemungkinan berlakunya serangan penyakit jantung.

Berdasarkan bukti ini maka minyak kelapa dipandang sangat baik untuk jantung atau setidak-tidaknya tidak berbahaya terhadap jantung. Namun ada satu faktor yang mengungkapkan bahwa minyak kelapa bukan hanya tidak berbahaya tetapi berperanan amat penting dalam memerangi sakit jantung. Kerana begitu luar biasanya peranan minyak kelapa maka ia dijangkakan akan segera menjadi senjata baru yang ampuh dalam melawan sakit jantung.

SAKIT JANTUNG DAN DARAH TINGGI

Untuk memahami bagaimana minyak kelapa boleh membantu mencegah sakit jantung, maka kita perlu mempunyai pemahaman asas tentang bagaimana penyakit jantung berkembang. Sakit jantung adalah disebabkan oleh pengerasan pembuluh darah (atherosclerosis) yang terjadi melalui pembentukan plak dalam pembuluh darah tersebut. Kalau ditanyakan pada kebanyakan orang apa penyebab atherosclerosis, mereka akan memberitahu kerana terlalu banyak kolesterol dalam darah. Idea ini dinamakan hipotesis kolesterol atau lipid dari sakit jantung. Pada masa ini idea tersebut masih disebarkan secara lantang dalam media popular oleh industri kacang kedelai, sedangkan sebenarnya teori ini tidak sesuai dengan pemerhatian klinikal atau penelitian ilmiah dan ia telah digantikan oleh hipotesis respon ke luka (response to injury hypothesis).

Apa penyebab terbentuknya plak dalam pembuluh darah dan aterosklerosis yang dapat berkembang? Umumnya selalu terfikir bahwa pengerasan pembuluh darah, biasanya dihubungkan dengan kolesterol. Namun kolesterol tidak hanya berada secara bebas didalam pembuluh darah tetapi dapat menetap secara tiba-tiba dimana saja didalam pembuluh darah. Kolesterol digunakan oleh tubuh untuk menambal dan memperbaiki luka-luka pada dinding pembuluh darah. Bahkan, sebenarnya kolesterol tidak diperlukan secara khusus untuk aterosklerosis (pembentukan plak). Bertentangan dengan kepercayaan yang popular, komponen utama plak pembuluh darah bukanlah kolesterol namun protein terutama sekali jaringan bekas luka. Beberapa pembuluh darah yang mengalami aterosklerosis mengandungi sedikit atau tidak mengandungi kolesterol sama sekali. Menurut hipotesis respon ke luka, sebagian aterosklerosis berkembang sebagai hasil luka pada lapisan dalam dinding pembuluh darah. Luka boleh terjadi kerana beberapa sebab seperti keracunan, radikal bebas, virus atau bakteria. Kalau penyebab lukanya tidak dihilangkan, ia akan mengakibatkan kerosakan selanjutnya dan selama gangguan dan peradangan tetap terjadi, jaringan luka terus berkembang. Protein penggumpal darah khusus dinamakan platelets bersikulasi secara bebas di dalam darah. Apabila ia menemui sebarang kesan luka ia akan menjadi lengket dan melekat antara satu dengan yang lainnya pada jaringan yang rosak, bertindakbalas seperti sebuah perban untuk memudahkan penyembuhan. Ini adalah cara bagaimana gumpalan darah terbentuk. Luka dari sumber manapun memicu platelet untuk menggumpal dan sel pembuluh darah melepaskan senyawa yang merangsang pertumbuhan sel otot di dalam dinding pembuluh darah. Satu campuran kompleks dari jaringan luka, platelet, kalsium, kolesterol dan trigliserid bersama-sama bekerja untuk menyembuhkan luka. Maka dari jaringan serat tersebut menjelaskan bahawa bukan kolesterol sahaja yang membentuk bahan pokok dalam plak. Timbunan kalsium dalam plak yang menyebabkan pengerasan pembuluh darah dan ini merupakan cirri aterosklerosis.

Bertentangan dengan kepercayaan yang popular, plak tidak hanya menempel disepanjang bagian dalam saluran pembuluh darah seperti lumpur dalam selang taman dirumah. Tetapi plak tumbuh didalam dinding pembuluh darah, dan menjadi sebahagian dari dinding pembuluh darah itu sendiri. Dinding pembuluh darah dikelilingi oleh lapisan otot melingkar kuat yang mencegah plak agar tidak meluas keluar. Kerana plak tumbuh berkembang, sedangkan tidak dapat meluas ke luar pembuluh, maka akan mendesak ke dalam dan menutup lubang pembuluh darah, sehingga mempersempit pembuluh darah dan menutup aliran darah.

Platelet berkumpul di sekitar luka untuk membentuk gumpalan-gumpalan darah, menutup lubang pada pembuluh yang rusak. Namun kalau darahnya cenderung menggumpal, gumpalan akan terus berkembang sampai akhirnya akan menghambat aliran pada pembuluh darah. Akhirnya pembuluh darah yang telah sempit kerana plak akan dengan mudah tersumbat oleh gumpalan darah tersebut. Jika proses ini terjadi pada pembuluh darah koroner yang menuju jantung, maka ia biasa dikenali sebagai serangan jantung. Kalau terjadi pada pembuluh darah carotid yang menuju ke otak, akibatnya adalah apa yang disebut sebagai stroke. Atherosclerosis menyebabkan sakit jantung dan gangguan kardiovaskular lainnya.

No comments:

Post a Comment