CARA BELI ONLINE (PENGHANTARAN PERCUMA) TIADA COD

  • 1. Tempahan : SMS NAMA,ALAMAT, PRODUK DAN KUANTITI ke nombor 012-2604959.atau isi borang online di bawah.
  • 2. Pembayaran : SMS dan email (borang online) akan dibalas dengan maklumat pembayaran.
  • 3. Pengesahan Pembayaran : Untuk pembayaran online, sila letak email (zukawaii at gmail dot com)pada ruangan email penerima di dalam borang transaksi untuk auto-pengesahan bayaran...Bayaran akan disahkan serta merta..Pihak bank akan menghantar email pembayaran kepada saya.
  • Untuk pembayaran di mesin atm, anda hanya perlu maklumkan pada saya TARIKH dan MASA pembayaran..Pengesahan bayaran akan dibuat SEHARI SELEPAS pembayaran (statement bank diupdate 24 jam sekali).
Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. PosLaju percuma bg pembelian produk melebihi satu unit! Sabah Sarawak pos parcel percuma

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK..zukawaii at gmail dot com

 


This contact form was created by Freedback.

Sunday, March 1, 2009

KENCING MANIS (DIABETIS)

Salah satu dari beberapa penyakit masyarakat moden adalah diabetes. Penyakit ini telah meningkat kurang dari satu abad yang lalu kepada keadaan yang perlukan perhatian serious. Sekarang diabetes menjadi pembunuh keenam terbesar di Amerika. Diabetes tidak hanya boleh menyebabkan kematian namun boleh menyebabkan sakit beberapalain seperti sakit buah pinggang, sakit jantung, tekanan darah tinggi, stroke, katarak, kerosakan saraf, kehilangan pendengaran dan kebutaan. Diperkirakan bahawa 45% penduduk berisiko diserang penyakit ini (diabetes).



Secara mudah diabetes adalah penyakit yang berhubungan dengan gula dalam tubuh yang di kenal sebagai gula darah atau glukosa darah. Setiap sel didalam tubuh harus mendapatkan glukosa untuk memacu metabolisma. Sel menggunakan glukosa untuk memperkuat proses pertumbuhan dan pemulihan. Ketika memakan makanan, sistem pencernaan merubah banyak makanan menjadi glukosa yang kemudian dilepaskan dalam aliran darah. Hormon insulin, yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas, mengatur glukosa dari darah untuk disalurkan ke dalam sel sehingga dapat digunakan sebagai bahan bakar. Kalau sel tidak mendapat jumlah glukosa yang mencukupi sel akan menjadi ‘kelaparan’ dan akhirnya akan mati. Pada saat seperti ini, jaringan dan organ tubuh akan mula mengalami kerosakan. Itulah sebenarnya yang berlaku pada pesakit diabetes.

Terdapat dua jenis diabetes yang utama, iaitu diabetes tipe I dan diabetes tipe II. Diabetes tipe I kadang-kadang dianggap sebagai diabetes remaja, iaitu diabetes yang bergantung kepada insulin. Diabetes jenis ini biasa bermula semasa kanak-kanak lagi dan ia adalah disebabkan oleh ketidakmampuan pankreas mengeluarkan jumlah keperluan insulin yang diperlukan oleh sesaorang. Sementara diabetes tipe II dikenali juga sebagai diabetes yang tidak bergantung kepada insulin. Diabetes jenis ini hanya berlaku pada ketika sesaorang sudah dewasa dan ia berlaku kerana sel tidak mampu menyerap kadar normal insulin yang dikeluarkan oleh pankreas. Dalam keadaan ini insulin bolehlah diumpamakan seperti anak kunci pada sebuah kunci mangga pada satu-satu daun pintu. Insulin berperanan sebagai anak kunci, membuka kunci mangga (masuk ke dalam sel) dan seterusnya membuka pintu untuk memudahkan glukosa masuk. Kalau kunci mangga nya diperbuat dari bahan yang tidak berkualiti dan ia rusak, anak kunci tidak lagi berfungsi, daun pintu tidak akan dapat dibuka. Inilah yang berlaku pada penderita diabetes tipe II. Insulin yang tersedia tidak lagi dapat membuka pintu kerana kunci mangganya rosak. Bagi kedua-dua tipe diabetes ini paras glukosa di dalam darah meningkat sedangkan selnya tidak berfungsi lagi.

Pada diabetes tipe I pankreas tidak mampu menghasilkan kadar insulin yang cukup untuk menghantarkan glukosa berulang alik pada semua sel didalam badan. Pengubatannya adalah dengan cara penyuntikan insulin sekali atau lebih sehari bersama dengan jadual pemakanan rendah gula yang ketat. Adalah dilapurkan bahawa sekitar 90% pengidap diabetes adalah dari tipe II dan 85% daripadanya adalah disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. Walau bagaimana pun bagi kedua-dua tipe diabetes ini diet sangat penting samada bagi pesakit yang berada pada saat permulaan penyakit maupun dalam pengendaliannya. Sementara jenis makanan yang dimakan pula sangat mempengaruhi pesakit samada ia meningkatkan atau melindungi sesaorang dari diabetes.

Suatu fakta yang menarik, orang-orang yang berada di kepulauan Pasifik yang memakan diet tradisional tidak pernah dilapurkan mereka mengidap sakit diabetes. Namun ketika mereka meninggalakan makanan aslinya dan menggantikannya dengan makanan ala barat, segala macam jenis penyakit datang, dan diantaranya adalah diabetes. Sebagai contoh apa yang terjadi pada penduduk Pulau Nautu di Pasifik Selatan. Selama berabad-abad mereka hanya bergantung kepada makanan yang berasaskan hanya pisang, ubi dan kelapa.

Namun setelah ditemui di bumi mereka tompokan fosfat yang hasilnya membawa kepada kemakmuran serta perubahan gaya hidup mereka, majoriti penduduk menggantikan pisang, ubi dan kelapa dengan makanan dari tepung halus, gula dan minyak sayur yang semasa prosesnya sudah mengalami banyak ubahsuai. Akibatnya muncullah penyakit yang tidak pernah muncul sebelumnya seperti diabetes dan yang lainnya. Menurut lapuran World Health Organisation (WHO), hampir separuh penduduk bandar Kepulauan Nautu yang berusia 30-64 tahun sekarang mengalami penyakit diabetes.

Walau bagaimana pun para doktor telah berjaya membantu para pesakit untuk mengendalikan diabetes dengan menganjurkan para pesakit mereka mengamalkan diet rendah lemak, tinggi kabohidrat. Melalui diet tersebut mereka dapat membatasi kemasukan lemak sehingga 30% kalori. Karbohidrat kompleks seperti biji-bijian sempurna dan sayur-sayuran terdiri dari 50% sampai 60% kalori. Karbohidrat sederhana seperti tepung halus dan gula harus dielakkan. Ini kerana karbohirat memberikan ketegangan yang tak sepatutnya pada pankreas dan ini akan meningkatkan dengan cepat gula darah pada paras yang membahayakan. Alasan untuk pengurangan lemak dan juga makanan manis adalah menambah pengurangan berat badan. Ini kerana berat badan berlebihan merupakan penyebab utama diabetes. Oleh sebab itu menurunkan berat badan adalah merupakan keutamaan. Disamping itu alasan lainnya untuk diet rendah lemak adalah mengurangi risiko sakit jantung yang merupakan kesan akibat umum dari penyakit diabetes.

Terakhir, para penyelidik telah membuktikan bahawa pengambilan berlebihan minyak sayur suling menyebabkan penyakit diabetes. Hal ini telah dikuatkan lagi dengan satu bukti kajian ke atas binatang dimana ia telah berjaya menimbulkan diabetes dengan hanya memberi makan kandungan lemak poli tak jenuh yang cukup banyak. Kemudian dengan hanya membatasi pengambilan lemak, binatang-binatang tesebut telah mengalami penyembuhan dari penyakitnya (diabetes). Kesimpulannya diet rendah lemak sangat efektif dalam pengendalian diabetes.

Saranan terbaru adalah mengurangi atau membatasi semua lemak. Lemak mono-tak jenuh seperti minyak zaitun, tidak ketara mempengaruhi diabetes secara merugikan, maka diperkenankan digunakan pada kadar yang munasabah. Namun oleh kerana semua lemak termasuk minyak zaitun tinggi kandungan kalorinya, maka pengambilannya tidaklah digalakkan. Walau bagaimanapun nampaknya minyak poli-tak jenuh dikelaskan sebagai minyak yang menimbulkan masalah. Penelitian ini menunjukkan bahwa ketika lemak poli-tak jenuh dari diet disertakan didalam susunan selular, kemampuan sel untuk mendapatkan glukosa terganggu. Dengan kata lain ‘kunci mangga’ pada sel yang membuka pintu bagi glukosa untuk dimasuki memburuk keadaannya ketika terlalu banyak minyak poli-tak jenuh di ambil didalam makanannya. Kemudian insulin tidak mampu membuka pintunya. Minyak poli-tak jenuh teroksidasi dengan mudah dan dirusak oleh radikal bebas. Lemak dengan segala jenisnya, termasuk minyak poli tak jenuh, digunakan sebagai hambatan pembendung bagi membrane sel. Lemak poli-tak jenuh teroksidasi dalam membrane sel boleh mempengaruhi secara merugikan fungsi selnya, termasuk kemampuannya dalam memperkenankan hormon, glukosa dan zat lainnya untuk mengalir ke dalam dan keluar selnya. Maka dari itu, diet yang tinggi pada minyak sayur poli-tak jenuh sulingan meningkatkan diabetes. Diet yang rendah pada minyak tersebut akan membantu menghilangkan gejala-gejalanya kerana semua lemak berpotensi menambah berat badan. Maka dari itu adalah sangat baik untuk menghindarinya.

Begitupun dalam hal ini masih ada lemak yang boleh dimakan oleh penderita diabetes tanpa rasa takut. Lemak itu adalah minyak kelapa. Minyak kelapa tidak menyebabkan diabetes dan ia dapat membantu mengatur gula darah, sekaligus mengurangi pengaruh penyakit diabetes. Orang Nautu mengambil banyak minyak kelapa selama beberapa generasi dan tidak pernah dijumpai penyakit diabetes, namun ketika mereka mengganti dengan makan dari minyak lain hasilnya adalah bencana.

Satu hal yang menarik minyak kelapa tidak menuntut produksi enzim insulin dari pankreas. Dengan adanya pengurangan pada proses dalam tubuh selama waktu makan tersebut, sedangkan insulin tetap dikeluarkan dengan banyak, maka akan memudahkan organ tubuh berfungsi lebih efisien. Minyak kelapa juga membantu memberi energi kepada sel kerana ia mudah dapat diserap tanpa memerlukan enzim atau insulin. Minyak kelapa telah terbukti dapat memperbaiki sekresi insulin dan pendayagunaan glukosa darah. Minyak kelapa pada makanan meningkatkan dan memperbaiki aksi serta keupayaan insulin menghantarkan glukosa berulang alik diantara sel, bila dibandingkan dengan minyak-minyak lain.

Dalam Journal of the Indian Medicine Association melapurkan bahawa diabetes tipe II di India telah meningkat pada ketika orang mengabaikan minyak tradisional mereka, minyak kelapa kerana lebih memilih minyak sayur poli-tak jenuh yang telah dipromosikan “baik untuk jantung”. Para pengarang berkomentar tentang hubungan antara minyak poli-tak jenuh dengan diabetes dan menganjurkan meningkatkan konsumsi minyak kelapa sebagai kaedah untuk mencegah diabetes.

Salah satu akibat diabetes adalah berkurangnya energi yang berhubungan dengan ketidakmampuan sel untuk mendapatkan glukosa yang diperlukan. Tanpa glukosa untuk memperkuat aktiviti selular, metabolisma menjadi lambat dan seluruh tubuh terasa lelah.

Olahraga telah dianjurkan sebagai satu kaedah untuk membantu penderita diabetes mengendalikan gula darahnya. Salah satu alasan mengapa olahraga bermanfaat adalah bahawa ia meningkatkan metabolisma. Angka metabolisma yang lebih cepat akan merangsang penambahan pengeluaran insulin yang diperlukan dan meningkatkan penyerapan glukosa di dalam sel. Oleh itu ia akan dapat membantu samada penderita diabetes tipe I maupun penderita diabetes tipe II.

Minyak kelapa juga dapat meningkatkan angka metabolik yang menyebabkan tubuh membakar lebih banyak kalori yang bererti akan menambah penurunan berat badan. Oleh itu penurunkan berat badan dapat dilakukan dengan hanya menambahkan minyak kelapa ke dalam makanan. MCFA pada minyak kelapa dikirim secara langsung ke hati untuk diubah menjadi tenaga dan tidak ke dalam tubuh sebagai jaringan lemak.

Penderita diabetes sebaiknya menghindari konsumsi semua lemak, kecuali minyak kelapa, kerana ia dapat membantu menstabilkan kadar glukosa darah dan membantu mengurangi berat badan yang berlebihan. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa minyak kelapa adalah minyak yang sebaiknya dimakan penderita diabetes.

No comments:

Post a Comment