Selama lebih dari 50 tahun para pengkaji telah mengenal bahawa MCFA dicerna secara berbeza berbanding lemak lain. Perbezaan ini mempunyai aplikasi penting terhadap penyembuhan pada gangguan pencernaan dan metabolik dan sejak saat itu MCFA digunakan secara rutin di hospital dan dalam susu bayi.
Manfaat kesejahteraan pencernaan asam lemak rantai sederhana (MCFA) atau asam lemak rantai panjang (LCFA) adalah berhubung dengan perbezaan-perbezaan pada cara tubuh memetabolisasi lemak ini. Oleh kerana molekul-molekulnya lebih kecil, ia hanya memerlukan energi lebih kecil dan lebih sedikit enzim untuk memecahnya pada pencernaan, kemudian dicerna dan diserap secara cepat dengan energi minima.
MCFA dipecah secara langsung oleh enzim di dalam air ludah dan asid lambung sehingga enzim yang mencerna lemak pankreatis tidak banyak berperang. Maka dari itu, bermakna proses yang berlaku pada pancreas dan sistem percernaan lebih sedikit. Keadaan ini mempunyai pengaruh penting bagi para pesakit yang diserang gangguan pencernaan dan metabolik. Bayi pramatang atau bayi sakit terutama sekali pada organ pencernaan yang kurang berkembang, akan mampu menyerap MCFA dengan cukup mudah, sedangkan lemak lain akan melalui sistem tanpa banyak boleh dicerna. Oleh itu orang yang diserang gangguan pencernaan seperti cystic fibrostic yang kebiasaannya mendapati kesulitan mencerna atau menyerap lemak dan vitamin yang dapat larut dalam lemak, akan sangat beruntung dengan adanya MCFA. MCFA juga penting untuk orang yang diserang diabetes, kegemukan, sakit pundi kencing, pankreatitis, Crohn’s disease, ketidakcukupan pankreatis dan beberapa bentuk kanser.
Pada saat melalui usia tua tubuh tidak berfungsi sebaik pada saat masih muda. Pankreas tidak lagi memproduksi sebanyak enzim pencernaan, usus tidak menyerap bahan zat dengan baik. Seluruh proses pencernaan semakin surut sehingga efisiensinya lebih rendah. Akibatnya, orang tua yang seringkali menderita kekurangan vitamin dan mineral perlu memasukkan MCFA di dalam makanan mereka kerana MCFA mudah dicerna dan memperbaiki pencernaan vitamin dan mineral. Ini mudah dilakukan jika makananya dibuat dengan minyak kelapa dara.
Tidak seperti asam lemak lainnya, MCFA diserap secara langsung dari usus ke dalam pembuluh balik portal dan dikirim langsung ke hati di mana mereka sebahagian besarnya dibakar sebagai bahan bakar seperti karbohidrat. Dalam hal ini MCFA lebih mudah terbakar seperti karbohidrat berbanding lemak lain.
Lemak lain memerlukan enzim pankreatik untuk memecahnya ke dalam unit-unit lebih kecil. Kemudian mereka diserap ke dalam dinding usus dan di dalam bungkusan lemak (lipid) dan protein yang dinamakan lipopotenis. Lipoprotein ini dibawa oleh sistem lympathic, kemudian diedarkan ke seluruh tubuh. Pada saat beredar di dalam darah, komponen lemak dibahagikan keseluruh jaringan tubuh. Lipoprotien menjadi semakin kecil dan semakin keil, sampai hanya ada sedikit yang tersisa. Pada saat ini diambil oleh hati, dipecah dan digunakan untuk menghasilkan energi jika diperlukan, dikemas kembali menjadi lipoprotein lain dan dikirim kembali ke dalam aliran darah untuk dihantar ke seluruh tubuh. Kolestrol, lemak tepu, lemak mono tak tepu dan lemak poli-tak tepu semuanya dikemas bersama di dalam lipoprotein, masuk ke dalam hati dan diubah menjadi energi sehingga tidak pernah disimpan sebagai lemak tubuh.
Di dalam setiap sel ada sebuah organ yang dinamakan mitochondria. Energi yang diperlukan oleh sel untuk menjalankan fungsinya diperanankan oleh mitochondria. Mitochondria dikemas di dalam dua sel membran yang biasanya memerlukan enzim khusus untuk mengangkut bahan zat agar dapat melaluinya. MCFA itu unik di mana mereka dengan mudah boleh menembusi kedua membran mitochondria tanpa memerlukan enzim dan akan memberi energi cepat dan efisien kepada sel. Rantai asam lemak lebih panjang memerlukan enzim khusus untuk menariknya melalui dua sel membran. Jadi proses penghasilan energinya jauh lebih lambat, tambahan lagi ia memerlukan enzim untuk melakukannya.
Oleh kerana manfaat di atas, minyak kelapa dara telah dianggap menjadi penyelamat hidup bagi banyak orang, terutama pada bayi dan orang tua. Sebagai pengubat ia digunakan dalam penyediaan makanan khusus bagi orang yang diserang gangguan pencemaran dan mendapat kesulitan mencerna lemak. Atas alasan yang sama, dapat juga digunakan di dalam susu bayi untuk menyembuhkan kekurangan zat kerana ianya dapat diserap dengan cepat tanpa menempatkan tahap yang dicerna dengan mudah dan digunakan untuk memberi gizi tubuh.
Memakan makanan yang mengandungi MCFA adalah seperti menggunakan bahan bakar oktan tinggi bagi sesabuah kereta. Keretanya memecut lebih laju dan mendapat jarak kilometer/gas lebih baik. Begitulah apa yang berlaku, dengan MCFA tubuh bekerja lebih kerana mempunyai lebih banyak energi dan daya tubuh yang lebih besar, kerana MCFA disalurkan secara langsung ke dalam hati dan diubah menjadi energi, tubuh mandapatkan tambahan energi. Oleh kerana MCFA dengan mudah dapat diserap oleh organ sel penghasil energi, metabolisma dengan sendirinya meningkat. Akhirnya peningkatan energi ini mempunyai pengaruh perangsangan pada seluruh tubuh.
Fakta bahawa MCFA dicerna secara langsung untuk menghasilkan energi dan merangsang metabolisma telah menarik minat para atlit untuk menggunakannya sebagai sasaran meningkatkan latihan mereka. Penelitian menunjukkan ini mungkin saja benar. Misalnya, para peneliti mencuba daya tahan fizik tikus yang diberi MCFA pada makanan harian berbanding dengan tikus tidak diberi MCFA. Penelitian ini diperluas sampai lebih dari enam minggu. Tikus diarahkan pada cubaan daya tahan renang setiap dua hari. Ditempatkan pada satu takungan air dengan arus tetap. Jumlah waktu berenang diukur sehingga kelemasan. Jika pertama kalinya hanya ada sedikit perbezaan di antara kelompok tikus, tikus yang diberi makan MCFA dengan cepat mula mengkagumi tikus lain dan semakin baik di sepanjang waktu uji kaji. Kajian seperti ini memdemostrasikan bahawa MCFA mempunyai kemampuan meningkatkan daya tahan dan penampilan latihan, setidak-tidaknya pada tikus. Dalam satu lagi kajian menggunakan atlit lumba basikal yang dikondisikan. Para atlit tersebut mengayuh basikalnya pada70% kecepatan maksimumnya selama dua jam, kemudian secara langsung berhenti pada pengendaraan percubaan waktu 40 K (yang terakhir sekitar satu jam tambahan) dengan minum salah satu dari tiga minuman: larutan MCFA, minuman olah raga atau kombinasi minuman olah raga dengan MCFA. Atlit lumba lari yang meminum campuran minuman olah raga MCFA berpenampiln paling baik selama percubaan waktu. Para pengkaji berteori bahawa MCFA memberi sumber energi tambahan kepada atlit, jadi mengeluarkan simpanan glikogen iaitu energi yang disimpan di dalam jaringan otot, akan habis digunakan selama pengedaraan tiga jam. Semakin banyak glikogen ada di dalam otot semakin besar daya tahan atlit. Maka zat apa saja yang boleh menyimpan glikogen pada saat memberikan energi akan bermanfaan untuk daya tahan atlit. Dalam satu penelitian lanjutan untuk mencuba teori pengeluaran glikogen, para peserta lumba basikal pada 60 kekuatan maksimanya selama tiga jam dengan meminum salah satu minuman yang diberikan pada penelitian sebelumnya. Dengan mengikut latihan, kadar glikogen otot diukur dan terbukti sama untuk ketiga atlitnya. Kesimpulannya adalah MCFA tidak mengeluarkan simpanan glikogen, namun benar-benar memperbaiki penampilan. Pembaikan dalam penampilan tidak berhubungan dengan pengeluaran glikogen dan harus dihubungkan dengan satu mekanisma lainnya.
Hasil dari penelitian ini banyak minuman olah raga dan minuman ernegi yang dijual pada kedai-kedai kesihatan mengandungi MCFA untuk memberikan sumber energi yang cepat. MCFA yang sering digunakan pada minuman olahraga dan minuman energi berada dalam bentuk minyak medium-chain triglyceries (minyak MCT). Ia biasanya diindikasikan sebagai “MCT” pada labelnya, label suplemen dan label susu bayi. Para atlit dan orang aktif lain yang mencari kaedah nutrisi, bukan ubat untuk meningkatkan penampilan latihan mula menggunakannya.
Namun, dalam penelitian harian, hasilnya lebih signifikan. Dan bukti ini nampak bahawa cara paling baik untuk meningkatkan energi dan daya tahan adalah dengan mengkonsumi MCFA pada makanan harian dan tidak hanya sekali saja sebelum atau selama pertandingan.
Mudah difahami mengapa para atlit tertarik untuk mendapatkan daya tahan dan energi yang lebih besar. Walau bagaimanapun bagi yang bukan atlit, MFCA boleh juga melakukan hal yang sama. Jika dimakan secara teratur, MCFA boleh memberikan peningkatan pada energi dan kerja sepanjang hari. Jika terasa letih dipertengahan hari atau merasa kekurangan energi, penambahan minyak kelapa pada makanan akan memberikan peningkatan energi yang jauh lebih banyak dari yang diperlukankan.
Disamping menambah kadar energi, ada manfaat lain yang sangat penting pada peningkatan angka metabolik iaitu membantu melindungi dari penyakit dan mempercepatkan penyembuhan. Pada saat metabolisma ditingkatkan, sel akan berfungsi lebih efisien. Ini bermakna ia akan menyembuhkan luka dengan lebih cepat, sel lama dan sel yang kena penyakit diganti lebih cepat dan sel muda dikembangkan dengan cepat untuk menggantikan sel yang lama.
Beberapa gangguan kesihatan seperti kegemukan, sakit jantung dan osteroclerosis lebih mudah terjadi pada orang yang mempunyai metabolisma rendah. Kondisi kesihatan akan lebih buruk jika angka metabolisma lebih rendah berbanding metabolisma normal, kerana sel tidak boleh menyembuhkan dan memperbaiki dirinya secara cepat. Maka peningkatan angka metabolisma, memberikan peningkatan perlindungan dari penyakit degeneratif dan penyakit menular.
CARA BELI ONLINE (PENGHANTARAN PERCUMA) TIADA COD
- 1. Tempahan : SMS NAMA,ALAMAT, PRODUK DAN KUANTITI ke nombor 012-2604959.atau isi borang online di bawah.
- 2. Pembayaran : SMS dan email (borang online) akan dibalas dengan maklumat pembayaran.
- 3. Pengesahan Pembayaran : Untuk pembayaran online, sila letak email (zukawaii at gmail dot com)pada ruangan email penerima di dalam borang transaksi untuk auto-pengesahan bayaran...Bayaran akan disahkan serta merta..Pihak bank akan menghantar email pembayaran kepada saya.
- Untuk pembayaran di mesin atm, anda hanya perlu maklumkan pada saya TARIKH dan MASA pembayaran..Pengesahan bayaran akan dibuat SEHARI SELEPAS pembayaran (statement bank diupdate 24 jam sekali).
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment