CARA BELI ONLINE (PENGHANTARAN PERCUMA) TIADA COD

  • 1. Tempahan : SMS NAMA,ALAMAT, PRODUK DAN KUANTITI ke nombor 012-2604959.atau isi borang online di bawah.
  • 2. Pembayaran : SMS dan email (borang online) akan dibalas dengan maklumat pembayaran.
  • 3. Pengesahan Pembayaran : Untuk pembayaran online, sila letak email (zukawaii at gmail dot com)pada ruangan email penerima di dalam borang transaksi untuk auto-pengesahan bayaran...Bayaran akan disahkan serta merta..Pihak bank akan menghantar email pembayaran kepada saya.
  • Untuk pembayaran di mesin atm, anda hanya perlu maklumkan pada saya TARIKH dan MASA pembayaran..Pengesahan bayaran akan dibuat SEHARI SELEPAS pembayaran (statement bank diupdate 24 jam sekali).
Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. PosLaju percuma bg pembelian produk melebihi satu unit! Sabah Sarawak pos parcel percuma

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK..zukawaii at gmail dot com

 


This contact form was created by Freedback.

Sunday, March 1, 2009

RESDUNG DAN ALAHAN


Resdung..!

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.



Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, pengambilan Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.

Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan /menyapukan Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi mengambil ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka.



Alergi
(Contoh Resdung dan Asthma)-Testimoni
Alergi ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sebarang keadaan, daripada serangan bersin dan mata berair pada hari panas, sehinggalah kepada ruam merah yang gatal dan pernafasan yang berdehit selepas mengusap haiwan kesayangan atau bibir dan lidah yang bengkak serta muntah-muntah selepas memakan kacang tanah. Secara ringkas, alergi bermaksud “tindak balas berubah” , iaitu tindak balas mekanisma pertahanan badan terhadap bahan-bahan yang biasanya tidak berbahaya. Alergi yang paling kerap berlaku ialah :

i. Rinitis alergi dan gatal mata (alergi konjuntivitis)

ii. Asthma

iii.Ruam kulit yang gatal

iv. Alergi makanan

v. Alergi terhadap sengatan tebuan dan lebah.

vi. Resdung


Bagaimana Alergi Berlaku?

Kejadian alergi bermula apabila sesaorang terdedah kepada sebarang alergen seperti hama rumah, haiwan peliharaan, debunga dan kulat yang mengakibatkan penghasilan antibodi alergi yang dipanggil imunoglobin E (IgE). Antibodi alergi imunoglobin (IgE) melekatkan dirinya kepada lymphocytes atau antigen yang dipanggil sel-masta. Sel masta mengandungi histamine (sejenis protein), chemoatractants dan bahan kimia lain yang dipanggil leukotrin yang mampu mengembangkan salur darah dan mencerut otot licin (smooth muscle) yang mengelilingi laluan udara paru-paru. Sel masta yang dilekati oleh antibodi alergi imunoglobin (IgE) sebenarnya boleh ditemui pada seluruh kulit dan lapisan hidung, mulut, lidah, laluan paru-paru dan usus kecil. Ia (sel masta) yang dilekati oleh antibodi alergi imunoglobin (IgE) tadi akan pecah lalu membebaskan histamine, leukotrin dan chemoatractants yang akhirnya akan menghasilkan tindak balas alergi. Sel masta juga akan menarik sel lain, terutamanya sel darah putih yang dipanggil eosinofil, menyebabkan radang dan kerusakan sel. Histamine dan leukotrin akan menyebabkan bersin dan rasa gatal serta bengkak pada kulit, dalam rongga paru-paru (laluan udara), dan dalam lapisan hidung. Ini menyebabkan benjolan gatal berwarna merah pada kulit, asma dan hidung tersumbat. Keadaan radang yang dirangsang oleh kehadiran eosinofil meningkatkan kepekaan lapisan hidung dan paru-paru dan menghasilkan simptom yang kronik.

Aktiviti Anti-Histamine
Kesan Kepada Alahan (Alergik/Resdung)-Testimoni

Histamine (hist = bererti ia terdiri dari keladak sisa (residue) histidine, sementara amine = kerana ia adalah vasoactive amine yang menyebabkan beberapa petanda allegik (allergic symptoms) seperti radang dan pencerutan terhadap smooth muscle.

Histamine adalah sejenis protein yang penting yang menyebabkan kesan-kesan alergik. Sementara alergik adalah disebabkan oleh tindak balas immune terhadap bahan-bahan yang kebiasaannya tidak berbahaya seperti debunga dan habuk (biasa dikenali sebagai alergen) yang akan terlekat pada lymphocytes yang disebut sebagai antigen. Antigen yang bertindak balas itu ialah sel masta (mast cell). Sebenarnya untuk berlakunya tindak balas ini molekul antibodi alergi immunoglobulin (IgE) yang bebas terapung, akan terlekat pada penerima permukaan sel masta (mast cell surface receptors). Sel masta tersebut dengan sendirinya bertidak balas dengan melepaskan histamine, leukotrin dan chemoatractants yang akhirnya akan menghasilkan tindak balas alergi.

Oleh kerana tindak balas tersebut hanya disebabkan oleh bahan yang sebenarnya tidak berbahaya pada tubuh, maka membiarkan sistem immunasi berkerja serta bertindakbalas terhadap unsur-unsur penyebab alergik tersebut bererti satu penganiyaan dan gangguan pada tubuh. Dengan itu penggunaan anti histamine akan dapat membantu tubuh supaya dapat hidup dengan lebih selamat dan selesa dengan sistem immune tidak perlu bertindak secara silap.

Hasil kajian pakar-pakar perubatan sejak sekian lama mendapati bahawa nigellone adalah bahan aktif utama yang berjaya dipisahkan dari biji-bijian nigella sativa. Dr. Mahouz dan Dr. El-Dakhakny mendapati bahawa sifat-sifat kimia dan pharmacologinya sangat berkesan melindungi haiwan ujikaji mereka (guinea pigs) daripada histamine bronchospasm yang di induce.

Pada tahun 1960, telah dilapurkan bahawa crystalline nigellon telah di gunakan sebagai bahan merawat kanak-kanak dan juga orang dewasa yang menghidap bronchial asthma, dan mendapati bahawa ia mempunyai nilai therapeutic disamping tiada mengandungi bahan toksik. Walaubagaimana pun kesan tindak balasnya hanya dapat dilihat setelah beberapa hari.

Dalam tahun 1993, Dr Nirmal Chakravarty telah melakukan satu kajian untuk mempastikan samada crystalline nigellon berkemungkinan menyumbang sebagai agen penghalang pelepasan histamine

Perencatan terhadap pelepasan antigen-induced histamine dapat dilihat dalam gambarajah 1. Putih telur telah digunakan sebagai antigen. Konsentrasi nigellon pada kadar 11ug/mL memberikan 50 % keupayaan perencatan terhadap pelepasan histamine




Gambarajah : 1

Bagi kompoun 48/80 yang dimasukkan (induced), histamine yang dilepaskan pada kadar yang hampir sama seperti dalam kes nigellone (gambarajah 3). 50% perencatan pelepasan histamine telah berlaku pada kadar 15ug/mL



Gambarajah : 2

Garis lengkung kesan tindakan perencatan nigellon berbanding pelepasan histamine yang didorong oleh kalsium ionophore A23187 didapati adalah sama dengan pelepasan sebelumnya, tetapi pelepasannya didapati sedikit kurang sensitif terhadap nigellon. Sebagaimana gambarajah 3, 26ug/mL nigellon menyebabkan perencatan 50 % pelepasan histamine.



Gambarajah : 3

Keupayaan nigellon sebagai agen penghalang serta perencat kepada pelepasan histamine berkemungkinan berpunca dari penghalangan protein kinase C dan pengurangan kepekatan intrasellular kalsium. Perencatan metabolisma tenaga oxidative (oxidative energy metabolism) mungkin juga memainkan peranan.

Adapun kesan nigellon ke atas pelepasan histamine yang didorong oleh stimulasi protein kinase C juga mengakibatkan terhalangnya penghasilan protein kinase C pada sel yang lain. Oleh kerana protein kinase C sangat signifikan dalam tindakbalas secara biologi termasuk menggalakkan pembentukan kanser maka dapatlah disimpulkan bahawa ia dilihat sangat berpotensi jika digunakan sebagai bahan utama anti kanser.

No comments:

Post a Comment