CARA BELI ONLINE (PENGHANTARAN PERCUMA) TIADA COD

  • 1. Tempahan : SMS NAMA,ALAMAT, PRODUK DAN KUANTITI ke nombor 012-2604959.atau isi borang online di bawah.
  • 2. Pembayaran : SMS dan email (borang online) akan dibalas dengan maklumat pembayaran.
  • 3. Pengesahan Pembayaran : Untuk pembayaran online, sila letak email (zukawaii at gmail dot com)pada ruangan email penerima di dalam borang transaksi untuk auto-pengesahan bayaran...Bayaran akan disahkan serta merta..Pihak bank akan menghantar email pembayaran kepada saya.
  • Untuk pembayaran di mesin atm, anda hanya perlu maklumkan pada saya TARIKH dan MASA pembayaran..Pengesahan bayaran akan dibuat SEHARI SELEPAS pembayaran (statement bank diupdate 24 jam sekali).
Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. PosLaju percuma bg pembelian produk melebihi satu unit! Sabah Sarawak pos parcel percuma

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK..zukawaii at gmail dot com

 


This contact form was created by Freedback.
Showing posts with label Psoriasis. Show all posts
Showing posts with label Psoriasis. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Pasangan tidak tahu anda penghidap Psoriasis???

Salam semua...

Sy banyak terima sms dan email dari sahabat2 senasib dgn kita berkenaan dgn pasangan tidak tahu mereka penghidap psoriasis. 99.9% dari sms tersebut adalah dari kaum perempuan...

Sy faham akan situasi yg di alami... Nasihat sy, kite perlu bagitahu mereka dan educate pasangan kita...

Insyaallah tak lama lagi sy akan mendirikan rumah tangga... Dr awal perkenalan sy dan tunang sy lagi sy dah maklumkan pada beliau...

sebelum hubungan jadi lebih serius, sebelum hati ni dah betul2 berada di awangan... sy bertindak untuk bgtahu dahulu.... sy fikir, biar sakit hati atau terseksa sekarang (sekiranya pasangan tak boleh terima), jangan sakit lepas akad nikah nanti....

sebelum bagitahu, mmg perasaan takut sgt2... macam2 fikir...
boleh ke dia terima?? adakah dia akan tinggalkan aku hanya sebab psoriasis?? adakah dia akan cari perempuan lain??

kalau takut nak cakap, korg boleh sms je... masa sy bagitahu tuu, sy email tunang sy... sy attachkan link2 dan gambar2 berkenaan psoriasis utk tatapan beliau.... dan yg paling penting sekali, sy BOLD dan BESAR kan perkataan PSORIASIS TIDAK BERJANGKIT!!!

selepas tekan send, hanya ALLAH sahaja laaa yg tahu perasaan hati ini... Mmg berdoa banyak2.. Minta ALLAH mudahkan....

Akhirnya, sy terima sms, "ABG REDHA"

Syukur alhamdulillah :)

hmm... korg semua, ingat satu benda je, kalau pasangan kite betul2 syg kite bukan sbb kecantikan "luaran" kite, sy pasti mereka akan redha dgn penyakit yg kite alami....

Ingatlah... DOA ORANG YG SAKIT ADALAH MUSTAJAB...

Maka dgn itu, doa lah banyak2 yeeee........

Pesakit psoriasis yg dah kawen, boleh share cerita kat komen di bawah yeee... adik2 ni banyak nak gain pengalaman... hehehe

Tips Penjagaan Psorasians bg Mengurangkan Gejala

Berdasarkan pengalaman saya sendiri:

1. Guna sabun badan yg sesuai...
-jangan pakai sabun yg memberi effect mengeringkan kulit... 
- contoh yg sy guna: shokubutsu dan life buoy warna purple

2. Guna syampu yg sesuai...
- mana2 syampu mmg tak dapat nak STOP penghasilan kuping
- maka dgn itu pilihlah syampu yg dapat merawat masalah rambut kering
- pakai conditioner.. 
- jgn pakai syampu ANTI-KELEMUMUR... kuping lagi cepat tanggal dan lagi cepat tumbuh baru :)

3. Mandi 2 kali sehari

4. Jaga kebersihan

5. Elakkan rambut terlalu panjang... Kalau nak panjang jugak, nipiskan rambut... Supaya kegatalan pada kulit kepala dpt dikurangkan...

6. Cuba tahan tangan dr mengopek kuping... Bila di sentuh dgn tangan, akan jadi lebih gatal.. lebih teruk akan berdarah... elakkan jangkitan kuman....

7. Pakai baju yg sejuk dan serap peluh... Cotton atau sutera...

8. dr segi makanan utk elak radang atau kegatalan, elak makan ayam, seafood, terung dan sebagainya...

9. Amalkan menyapu krim pelembap pada kulit supaya kuping tidak mengeras dan permukaan kulit jadi rata...

10. Cuba kawal stress anda... Stress menyebabkan tompok2 bercambah dgn banyaknya...


Mana2 pesakit ada tips tambahan boleh laa komen di entri ini untuk pengetahuan kite bersama....

Zulaikha
012-2604959
zukawaii at gmail dot com

Sunday, January 20, 2013

Produk Untuk Psoriasis

Produk Utama yang perlu anda ada ialah:


Untuk disapu di bahagian gejala2. Contoh: kuping2 merah, kulit kepala yg berkerak, boleh juga disapu diseluruh kepala + rambut.

Untuk kesan terbaik, sapu tiap2 hari selepas mandi. Biar semalaman, dan esok bilas/mandi.

Cara sapuan: Pusar2 beberapa saat pada bahagian gejala supaya minyak meresap ke dalam kulit.


Makan 2 kapsul pagi dan 2 kapsul petang sebelum sarapan. Kalau ada gastrik, selepas sarapan.
Tak perlu ikut aturan pada botol. 4 kapsul sehari sudah memadai. Tapi kalau nak ambil lebih, boleh.Tiada masalah sebab bukannya ubat :)

Ada juga penjagaan tambahan. Yang ini terpulang.. Tak beli pun takpe...

1. Tonik Kelapa Dara - untuk sapu di kepala/rambut. boleh ganti dgn minyak kelapa dara asli.. wangi sedikit baunya.







Friday, December 28, 2012

PSORIASIS: Sebelum guna minyak kelapa dara



dok belek2 gambar dalam laptop.. sekali jumpe gambar lama daaa...

tinggal kenangan


SELEPAS

Monday, July 19, 2010

Untuk Pesakit Psoriasis


Saya syorkan :

1. KAPSUL MINYAK KELAPA DARA HABBATUSSAUDA'

Untuk makan..

2. MINYAK KELAPA DARA ASLI

Untuk sapu di kulit dan rambut atau kulit kepala...

atau

3. TONIK KELAPA DARA

Untuk sapu di rambut dan kulit kepala...

4. LOSYEN KELAPA DARA

Untuk sapu di kulit...

atau sebagai penjagaan tambahan

5. SABUN KELAPA DARA

Pakai ketika mandi..Elak pertumbuhan bakteria/kulat di kulit akibat psoriasis....

Sunday, January 3, 2010

ADAKAH ANDA PENGHIDAP PSORIASIS???



ADAKAH ANDA MENGALAMI.....

BINTIK-BINTIK MERAH MENYALA
BERKUPING DITENGAH-TENGAHNYA
DI TEMPAT2 TERTENTU BAHAGIAN BADAN ANDA
ATAU DI SELURUH BADAN ANDA SEPERTI GAMBAR2 DI BAWAH INI???

KELEMUMUR YG TERUK..
BERKUPING-KUPING...
BERKERAK-KERAK...
KULIT KEPALA KEMERAHAN SEPERTI KULIT TERBAKAR...
RAMBUT KERING..
DAN SANGAT MERIMASKAN???!!!




BURUK BETUL KUKU ANDA..
TAK TUMBUH SEMPURNA MACAM ORANG LAIN..
LAMBAT TUMBUH??


DI BALIK TELINGA ANDA KULIT ADALAH BERKERAK??



KETAHUILAH BAHAWA
ANDA ADALAH PENGHIDAP

PSORIASIS

WALAUPUN PENYAKIT INI ADALAH TIDAK BERJANGKIT..
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI SEPERTI GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI..








DAPATKAN

MINYAK KELAPA DARA BIOASLI

DENGAN KADAR YG SEGERA!!!






*ini adalah sticky entry..sila scroll ke bawah utk artikel2 berkenaan dgn Psoriasis..tebkiu..

Sunday, November 8, 2009

DIET TANPA GULA ELAK GEJALA PSORIASIS

Salam semua..

Sy ade join discussion board tentang Psoriasis at Facebook..

Bace lah interesting infos ni dr salah seorang pesakit psoriasis di London..

Click image utk zoom dgn lebih jelas...







Monday, November 2, 2009

PSORIASIS KULIT BAHAGIAN BELAKANG BADAN PULIH DENGAN MINYAK KELAPA DARA

Atas permintaan ramai..
here's the picture of my back skin..
click image utk zoom n lihat dgn lebih jelas..

jika diperhatikan betul2, anda akan lihat tompok2 putih seperti panau..itu adalah BEKAS tompokan plaque yg dulu (tompok psoriasis..kuping/inflam)...
kulit dah rata seperti biase, alhamdulillah..

belah atas kiri gambar ade lagi 2-3 plak merah2 yg degil tak mo hilang..hehe..

dulu sgt teruk..blakang penuh naik sampai ke tengkuk n leher..merah2 n kuping..huhuhu..sedih sgt..

mase mule2 try minyak kelapa dara bioasli, sy amalkan makan n sapu..skrg dah baik mcm gambar diatas, sy cume maintain makan kapsul minyak kelapa dara jer.. =)



Friday, October 30, 2009

CARA GUNA MINYAK KELAPA DARA PADA RAMBUT PSORIASIS

boleh guna sama ada..

Minyak Kelapa Dara ASLI

atau

Tonik Minyak Kelapa Dara

#1 Basuh dan syampu dahulu rambut anda..lap kering..

#2 Sapukan RATA DAN SECUKUPNYA ke SELURUH RAMBUT DAN KULIT KEPALA anda...mcm anda pakai minyak rambut...biar minyak kelapa dara meliputi seluruh rambut dan kulit kepala anda..urut2 rata, gosok2 kan kulit kepala dgn rambut..

#3 Biarkan semalaman..seelok2nya, pakai lepas mandi petang..esok pagi baru bilas...ni supaya minyak kelapa dara betul2 meresap ke dalam kulit kepala..

p/s : jgn sapu pada tempat tertentu yg ade kuping sahaja..dikhuatiri kurang berkesan sbb tempat yg tak disapu tuu masih mengandungi bakteria..bakteria ni boleh berpindah balik pada kuping...

Monday, October 26, 2009

BAGAIMANA MINYAK KELAPA DARA BERTINDAK KE ATAS PENYAKIT PSORIASIS?

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik yang disebabkan oleh pertumbuhan kulit yang abnormal. Lazimnya kulit mengambil masa lebih kurang 3-4 minggu untuk tumbuh dan mengalami pengelupasan. Tetapi bagi pengidap psoriasis pertumbuhan kulit mereka adalah lebih cepat iaitu dalam masa 3-4 hari sahaja, menyebabkan kulit yang lama tidak sempat mengalami pengelupasan lalu menyebabkan penimbunan keratin pada kulit menjadikannya bersisik. Keadaan ini akan lebih teruk semasa cuaca panas.

Minyak kelapa dara boleh disapukan pada kulit yang mengidap psoriasis untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membantu merawat penyakit tersebut secara dalaman jika memakannya.Minyak Kelapa Dara menguatkan sistem imunisasi tubuh, kesannya inflamasi kulit akan berkurangan dan mengurangkan kadar pertumbuhan kulit baru yg abnormal. Sifat antibakteria nya juga dapat membantu mengurangkan kesan gatal pada kulit dan mengelakkan infeksi kulat atau bakteria. Keadaan keratin kulit yang berlapis akan menyebabkan jangkitan bakteria. Minyak kelapa dara mampu membunuh bakteria tersebut yang terdapat pada kulit.

PSORIASIS : PENYAKIT KULIT BERSISIK

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis. Ketika penyakit menyerang, kalau boleh kebanyakannya mahu duduk berkurung dalam rumah supaya tidak menjadi tumpuan masyarakat yang tidak faham keperitan dan tekanan dirasai.

Bila penyakit menyerang, kulit pesakit menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagian berkenaan menebal dan keras. Ada kalanya tompokan sel ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin.

Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal itu menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat. Bahagian kulit yang tebal ini juga terasa gatal dan panas seolah-olah terbakar.

Ada juga yang merekah dan berdarah apabila bahagian ini diregangkan, terutama jika ia menyerang kulit pada sendi seperti lutut, siku dan tangan. Psoriasis adalah penyakit kulit bersisik yang disebabkan kecelaruan sistem imun badan.

Ia juga dipanggil penyakit kulit poliferatif atau ketumbuhan benigna dan kronik yang bermaksud ‘gatal’ dalam bahasa Yunani.

Ketidaknormalan fungsi sel darah putih (sel limfosit T) mencetuskan keradangan dan gerak balas imun pada kulit. Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hingga 30 hari sebelum sel mati ini tanggal daripada badan.

Dalam kes psoriasis, kecelaruan sistem imun badan ini menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran kulit kepada tiga hingga enam hari saja. Ini menyebabkan kulit sel kulit membahagi dengan cepat (secara berlebihan atau dipanggil poliferasi).

Sel kulit ini bertindih antara satu sama lain sehingga menyebabkan terbentuknya timbunan sel dan ia kelihatan seperti sisik dan tompokan keradangan tebal pada kulit. Tompokan sel ini tidak mendapat cukup bekalan darah dan ia mati dalam masa beberapa hari saja.

Apabila sel ini mati dan kering, ia menggelupas menjadi kepingan putih berkilat. Biasanya kepingan kulit kering ini tanggal sendiri, tetapi jika dipaksa (dikopek), ia menyebabkan luka.

Psoriasis boleh berlaku di mana-mana saja termasuk di kulit kepala, kemaluan, punggung, kaki atau belakang badan. Walaupun ia tidak menjangkiti orang lain, keadaan pesakit dan cebisan kulit yang tertanggal membuatkan ramai berasa tidak senang untuk duduk bersama mereka.

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Biosains dan Boteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Azimahtol Hawariah Lope Pihie, psoriasis boleh dibahagikan kepada tujuh jenis tetapi empat jenis paling biasa ialah vularis, postularis, plak dan pustular. Semua jenis psoriasis ini dikelaskan mengikut bentuk dan sifat fizikalnya.

Psoriasis adalah penyakit keturunan, wujud dalam genetik tetapi ia boleh dirangsang beberapa faktor lain seperti tekanan emosi, kecederaan kulit, jangkitan, tindak balas badan terhadap ubat tertentu, cuaca dan alahan terhadap makanan.

Dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit mula mengalami masalah kulit sebelum berumur 10 tahun dan tahap serangan psoriasis ditentukan berdasarkan keadaan fizikal dan keluasan kulit yang mengalami keradangan.

Serangan psoriasis ringan jika hanya membabitkan kurang daripada dua peratus kulit, sederhana (tiga hingga 10 peratus) dan teruk jika lebih 10 peratus kulit mempunyai tompok merah. Malah, pesakit boleh menentukan keadaan penyakit dengan mengukur menggunakan tapak tangan. Satu tapak tangan dikira sebagai satu peratus.

Wednesday, September 30, 2009

GEJALA PSORIASIS BERKURANG DGN VCO


tinggal bahagian atas dahi jer yg problem..rasenye part ni sbb faktor makanan..bahagian lain semua dah clear, alhamdulillah..sy bersyukur sbb kuping dah takde..kalu silap makan, part ni akan jadi merah menyala macam ni...ni gambar latest hari raya ke-4..makan macam2, ni laa hasilnye...kalu makan pantang, merah2 takde..tinggal bekas warna putih jer..



ni result 3 hari lepas letak tonik + makan kapsul vco..dah jadi pinkish...and ade tompok yg dah jadi warna puteh mcm panau tuuu...



4 tompok inflam...macam tangga kawww bersusun tuuu...uhuk3..kalu tak jage makan, naik merah2 macam ni jer...tak macam dulu, berkuping2..tengok hairline kat blakang telinga tuuu, dah clear kan???dulu masyaALLAH..kurap bagai blakang telinga..nak tunjuk pown malu...uhuk3...




baru lepas letak Tonik Rambut VCO...sy pakai tonik bile inflam naik balik..kalu tak, sy menten kapsul vco je..

nanti, kalu dah betul2 clear..sy akan letak gambar terbaru..nantikan..

p/s : untuk gambar badan sy, hanye utk permintaan sahaja.sy akan email anda..PEREMPUAN SAHAJA HOKAY..huhu


Tuesday, September 29, 2009

PSORIASIS SEPTEMBER PROGRESSION UPDATE

Nickname : mia-ina
Jantina : Perempuan
Umur : 27 tahun
Mula Guna : 14/7/2009
Progress Terkini : kulit kepala - hilang sepenuhnya (tak berkuping dan normal)
kulit badan - tiada lagi kuping, tiada lagi kemerah2an, hanya tinggal bekas atau kesan keputih2an..


Id ahli :
Darus09
Jantina : Lelaki
Umur : 52 tahun
Mula Guna : 23/8/2009
Progress Terkini : Perubahan perlahan..tiada lagi kuping..kemerah-merahan masih ada tetapi kegatalan sudah kurang..


Id ahli :
nla (adek beliau)
Umur : 29 tahun
Jantina : Lelaki
Catatan : Mempunyai gejala psoriasis yg teruk sehingga melibatkan bahagian muka.
Mula Guna : 29/7/2009
Progress Terkini : Kulit kepala - kuping makin nipis.
kulit badan - kuping menipis, warna kemerah2an makin pudar dan hampir menyerupai warna kulit.selalunya berdarah apabila digosok ketika mandi, namun skarang tidak berdarah lagi.kulit makin halus dan sekata.

Id ahli :
fab
Jantina : Perempuan
Umur : 21 tahun
Mula Guna : 1/8/2009
Progress Terkini : kuping semakin nipis..ada tompok2 yang tinggal parut seperti panau.


p/s : buat customer psoriasis yg belum update perkembangan terkini anda pada sy, sila update secepat mungkin..SHARING IS CARING...terima kaseh...

Progression Update by :

Friday, August 28, 2009

TESTIMONI PSORIASIS ZULAIKHA (ADMIN DARABIZ)

Salam semua...

hmm, sebenarnye entry ni dah lame sy rancang nak buat...cume mase tak mengizinkan..

Anda pernah tak dengar penyakit psoriasis?
Mungkin ramai yg tidak tahu dan tidak sedar akan hadirnya penyakit ni..
Kecuali bagi penghidapnya...dan sy adalah salah seorang penghidapnya.. =)

namun, syukur alhamdulillah, sy bukan di tahap athritis psoriasis..iaitu, jenis psoriasis sy tidak sehingga attack tulang dan sendi....kalu tak, naseb kite same laa kak mia...huhu

secara ringkasnya, psoriasis ni adalah salah satu penyakit kulit yang tidak berjangkit kerana bukan disebabkan oleh bakteria, kulat atau virus..tetapi ianya adalah penyakit keturunan..inherited disease..

Dibawah sy sertakan link untuk bacaan anda...sy tak pandai nak olah...takut salah sampaikan maklumat plak...nak details lagi, leh laa google sendiri ekk...

Psoriasis Dewasa


Motif sy wujudkan entry ni adalah untuk share penawar penyakit psoriasis ni buat para penghidap sekalian...sy dah tak ambil ubat dr hospital (PPUM)..anda bayangkanlah, doktor bagi stok ubat utk 3 bulan tapi tak baik2...saket jiwa...ubatnye bukan satu dua jenis...tapi 4-5 jenis...pil lain, ubat sapu lain, ubat basuh kulit lain, syampoo lagi....fiuhhhhh...kalu berkesan takpe gak...ni hampehhhh tul....seb baik dapat gerenti letter dr Uni...ngee hee hee....

***

sy tak sedar psl penyakit ni..sbb mule2 rupenye dia attack kulit kepala sy...rupenye selame ni sy tertipu...sy ingat kepala sy ni penuh ngan kelemumur...tapi penah wujud kemusykilan pada diri..nape kelumumur org lain halus2 mcm serbuk??sy punye plak berkeping2?dari kecik sebenarnye masalah kulit kepala ni...cume anggapan sy ianya adalah kelemumur...yg sedihnye mama asyik ckp sy tak syampoo rambut...padahal hari2 sy syampoo rambut...mama kate sy tak jage kebersihan rambut laaa apelaaa...padahal sebut jer jenama syampoo ape yg sy tak tonyoh kat rambut...semua dah cube..sume same je, tak berubah pun...tonyoh ngan limau kasturi pon slalu..cuci ngan santan laa...sapu minyak zaitun laaa...fiuhhh...lelah....tak jadi ape pun...

sampailah satu ketika semasa sy di asasi..keadaan kulit kepala sy bertambah teruk...lebih memalukan apabila kulit kepala belah luar (hair line), merah2 mcm udang terbakar...kadang2 berkuping...sy jadi bertambah pelik...ade ke kelemumur tumbuh kat hair line kepala, kat atas dahi??lame2 merebak ke seluruh badan...tapi kat badan, dia appear as tompok2 melecet (lesion)...bile panas, gatal teramat sangat...Allah swt jelaaa yg tahu perasaan sy...

mase tuuuu sy senyapkan lagi...takut nak btau parents n gi doctor...al-maklumlah, pasal hal2 kulit ni mcm sensitip sket...sy takut di cop pengotor...hahaha..

satu mase, pecah gak pekung, hehe...mama nampak mase sy tengah berkemban lepas mandi...dia menjerit terkejut...lantas terus pakse sy ke PPUM...menci gi PPUM...3 jam nak kene tunggu dptkan rawatan...

akhirnye, doctor sahkan sy penghidap Psoriasis...
pebende laaaa tuuu...
balik sy trus google...
owwwwh, akhirnye baru tahu penyakit ini...hehe..
alhamdulillah, takdelaa sampai membawa maut, wlupun penyakit ini disebut juge sebagai barah kulit...
takleh stress and tension2 rupenyeee...tuu yg naik satu badan tuuu sbb tertekan...hahaha...

GEJALA PSORIASIS


orang sekeliling slalu tegur sy..."suke gigit kuku eyhhhhh..." padahal???hahaha...malas nak terangkan kat org...sy mengiya aje kannn...kuku sy tak pernah panjang....sebelum tahu penyakit ni, pelik gak nape kuku sy tak secantek org lain....tapi kuku sy takde laa seburuk kuku di atas...ni gambar contoh aje...lebih kurang camtuu laaa...hehehe...tapi putih lg...kui3....

merah menyala mcm kulit udang....ni gejala bile tengah panas...mase ni mula laa tergaru2 and rase menggelenyar...tak selesa betul....seksaaa, nauzubillah....


mcm ni laa kulit kepala sy mase dlu...skrg alhamdulillah dah kembali normal...sy ingat kelumumur...rupenyee bukan..menatang lain plak gamaknye...hehe..rambut pon rosak, kering semacam jer...."kelemumur" yg besar2 tuu rupenye kuping penyakit ni laaa....

sy google lagi cari penawar...
at last, sy jumpe fakta mengatekan minyak kelapa dara adalah penawar psoriasis...
pada mulenye, sy cuba minyak kelapa dara keluaran HPA...
alhamdulillah, semakin surut and reda lesion di kulit...
tapi yg tak bestnye, bile sy stop beli kejap sbb masalah kewangan, lesion kulit naik balik, jadi lagi banyak n teruk!!hampehhh tul....

akhirnye, sy jumpe company yg jual produk berasaskan minyak kelapa dara...
penah dengar tak BIOASLI??

sy makan kapsul dia je, sbb sy tak lalu nak minum minyak kelapa dara pure...sbb berbau...wekk!!

alhamdulillah, bukan makin surut je, tapi masalah kulit kepala dah totally hilang 100%...syukur sgt2...lesion kat badan dah takde...cume ade tinggal beberape bekas keputehan2 jer...sy penah try test stop makan 2 bulan, alhamdulillah tak jadi ape2pun...

ayah terkejut tengok hair line dah tak jadi mcm dulu...dia dah tak bising2 dah suruh pi hospital...sekali jer sy jumpe doctor..hahaha...

ade losyen untuk sapu gak...tapi sy penah beli sekali jer, astu dah tak pakai..sbb kulit dah ok...dah tak berkuping lagi...sy penah beli tonik rambut bioasli gak...kan kulit kepala sy agak teruk...pakai seminggu jer, terus kuping2 dah takde...astu sy dah tak continue pakai...selebihnye nenek sy yg kebas bawa balik kampung...dia kate skrg ni dah tak jumpe org jual minyak rambut kelapa...almaklumlaaa org2 tua ni suke pakai minyak kelapa kat rambut...teringat dulu mase sy kecik2, nenek kejar sy satu rumah sbb nak letak minyak kelapa kat rambut sy...mase tuuu sy terjangkit kutu dr sape tah...sy benci sgt bau minyak kelapa...nenek kejar sy sambil jerit2..lawak gile...ngee hee hee...

***

anyway, kalu anda perasan di laman web sabun mior mengatekan sabun ni leh sembuhkan psoriasis...hmm, mintak ampun laaa, statement ni tak betul...sy dah try letak sabun mior kat tempat2 berkuping...masalah lain timbul iaitu kulit sy jadi bertambah kering dan retak lantas berdarah!!buat penghidap psoriasis, tolonglaa jangan pakai sabun mior kat tempat bermasalah..pakai kat muka je, cukup hokay...

oklaaa..panjang lak melalut...buat penghidap psoriasis atau kawan2 anda penghidap psoriasis, sy suggest kan try produk bioasli...InsyaALLAH...nak beli ngan ika tanpa jadi ahli Bioasli pon boleh...hanye untuk pembace Diari XXL sahaja ika bagi harga ahli...hehe...

kalu ade kwn penghidap psoriasis, tolong inform kat dorg ehhhh...sharing is caring...penyakit ni sangat tak selesaa, hopefully bukan setakat ika, org2 yg senasib ngan ika pun akan sembuh cepat2...insyaALLAH...

Leh visit ika nye BioAsli blog : http://darabiz.blogspot.com




Artikel Asal : Diari XXL

Ingin Lebih Jimat dan Terima Komisyen??
Daftar sebagai ahli BioAsli sekarang!!